Sudah baca entry pertama saya tentang wajah-wajah peserta My Selangor Story 2011? kalau belum jom baca sekarang Day 1 – Pengenalan My Selangor Story 2011. Untuk makluman semua majlis pelancaran My Selangor Story 2011 telah diadakan di The Mix, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, Shah Alam dimana merupakan salah satu penaja yang terlibat dalam program MSS2011 ini.
The Mix merupakan sebuah Bistro yang mempunyai ciri dan gaya elegant untuk sesiapa yang datang kesini. Berehat sambil menjamu selera dengan hidangan chef profesional tentunya menggamit perasaan dan susana bersama keluarga. Pada 28 September 2011 yang lalu satu majlis pelancaran pertandingan My Selangor Story 2011 telah dilakukan disini dan dihadiri oleh semua peserta, rakan media dan rakan penaja.
Memang menarik tempat The Mix nih dan amat sesuai untuk buat apa saja jenis acara siang atau malam. Kalau nak rasa kelainan di The Mix ni bolehlah datang Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, 1 Jalan Usahawan U1, Seksyen U1, 40250 Shah Alam, Malaysia atau layari laman
Facebook The Mix di : http://www.facebook.com/themix.hiklg
Turut hadir pada majlis pelancaran iaitu YB Elizabeth Wong, Exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor yang turut turun padang bagi memeriahkan lagi majlis. Para peserta dari dalam dan luar negara amat teruja dengan kehadiran YB dan membangkitkan lagi semangat para peserta untuk terus berkarya dan menulis tentang pelancongan khususnya di Selangor.
Dian merupakan pemenang My Selangor Story tahun 2010 dan beliau diberi peluang untuk berkongsi pengalamannya semasa dalam pertandingan tahun lepas kepada semua yang hadir. Pada saya Dian mempunyai bakat dan sangat friendly kepada semua orang. Beliau juga mempunyai karisma tersendiri dan disebabkan itulah beliau dinobatkan sebagai pemenang utama pada tahun lepas. Tahniah Dian nanti tolong vote entry saya ye di MSS 2011
YB Elizabeth Wong, Para penaja dan pihak penganjur bergambar kenangan selepas majlis perasmian. Terima kasih kepada Amelia (Horizon Communication) kerana berjaya melaksanakan jelajah MSS2011 dengan jayanya.


Klik pada Logo untuk kelaman sesawang penaja.
Rasanya belum puas lagi untuk saya mengenali 24 bloggers yang terpilih ni, banyak kenangan suka manis dapat dikongsi bersama-sama semasa jelajah Selangor di #MSS2011. Nak tahu apa aktiviti seterusnya?.. Klik disini untuk baca entry seterusnya.. << MSS2011













