SHARE

20110927-210438.jpg

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya memasuki siri kedua pertandingan My Selangor Story #MSS2011 yang akan bermula pada 27 September hingga 2 Oktober 2011 ini. Welcome dan Selamat Datang kepada anda semua, semoga dapat bertemu dan beramah mesra dengan anda nanti ya… Tak sabar rasanya nak jalan-jalan Selangor kali ni dan pastinya perjalanan #MSS2011 kali ini lebih mencabar dengan pelbagai aktiviti dan lawatan tempat menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Perjalanan aktiviti #MSS2011 akan bermula beberapa jam lagi dan nantikan entry perjalanan aku nanti ye. Diharap anda semua dapat layari laman rasmi My Selangor Story di http://www.myselangorstory.com untuk melihat segala aktiviti yang bakal kami harungi nanti dan jangan lupa vote entry aku ye..

Kepada semua pembaca blog Mohdzaid.com diharap dapat doakan kejayaan aku pada #MSS2011 kali ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi support dan beri dorongan kepada aku dalam peraduan ini.