Cuti-Cuti – TuneHotels Danga Bay Cuma RM7.02

Berikutan dengan entry yang aku buat semalam Tempahan Online TuneHotels Bermula RM1 mendapat sambutan hangat para penggemar hotel murah ni. Aku pun apa lagi cepat-cepatlah booking sebab cadang tahun depan nak melancong ke Singapura lah katakan.. tak nak naik kapal terbang pun tapi ingat nak merasa naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Johor baru mencabar sikit. Sampai Johor nanti stay kat Tune Hotels Danga Bay kat situlah baru bermula jalan Singapura. Jimat tak jimat lah hampir RM90 satu malam kalau harga biasa. Jadi aku dapat harga promo RM1 untuk semalam apa lagi aku booking lah untuk 2 malam dan 3 bilik sekaligus.. huhu tak percaya ? aku cuma bayar RM7.02 je untuk 2malam + 3 bilik tau.. haha..

Kalau nak pergi Singapura nanti kenalah berjimat cermat dari sekarang, malas lah tinggal hotel kat Singapura dah lah harganya mahal.. tinggal kat Danga Bay lagi puas hati lepas jalan Singapore boleh jalan-jalan cari makan kat Johor pulak tul tak?.. jimat.. jimat.. jimat.. bak kata Upin Dan Ipin haha..

Malam ni nak usha tiket Airasia ke Taiwan pulak dengar kata malam ni ada promo tiket duduk RM0.00 cuba bayar tax dan minyak je.. ermmm tak tau lah murah ke idak kena survey malam kanglah kul 12 kang.. apa-apa pun kepada sesiapa yang pernah pergi Singapura boleh tak share apa yang menarik dan WAJIB dilawati kat sana nanti.. ingat nak pergi Universal Studio tapi berapa pulak harga tiketnya ye.. mesti mahal kan?.. kalau korang pernah pergi share ye kat komen.. :)

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.