Rumah Terbuka Tertutup

Hari sabtu lepas rumah aku buat open house tapi rumah terbuka kali ni dibuat secara tertutup untuk ahli keluarga je, bukan tak nak jemput kengkawan semua tapi seperti sedia maklum keluarga nenek aku ni tiap-tiap tiga bulan buat makan-makan (Kenduri) kira macam meeting keluarga lah.. sebeb tulah tiada sebarang jemputan aku buat untuk rakan-rakan terdekat.. so harap maaflah ye tahun ni pun aku tak ada mood nak sambut raya sebab masih berkabung dan menghormati arwah paklong aku yang baru meninggal dunia. Dalam kemeriahan sederhana open house tertutup ni kakak aku mengambil kesempatan untuk cukur jambul anaknya Nur Alia Qistina. Huhu dah botak dah si Qis ni walaupun tak berambut sekarang tapi Qis tetap maintain comel macam dulu kan..

 

Nur Alia Qistina yang berambut lebat ni tengah digondolkan dengan pakciknya.. haha

Qistina selepas bercukur.. huh botak sih..

Adam anak sedara aku ngan ayah (Pakcik) pun datang.. hehe comelnya adam.. nanti kawan ngan Qistina baik-baik ye..

Sepupu sepapat aku yang ceria-ceria orangnya.. huhu ada yang main ipad ada yang nak main teddy bear ada yang beborak-borak.. layan sakan diorang nih.. ada nak ambik kesempatan Skype ngan boypren pun ada hahaha…

Mak cik pak cik aku yang sedang bz meeting sesama sendiri..

Untuk pengetahuan keluarga kami ni memang akrab sejak dari dulu lagi.. setiap 2-3 bulan mesti buat kenduri kat rumah masing-masing untuk lebih eratkan silaturrahim sesama sedara.. Meeting keluarga ni bertujuan mengumpul seramai mungkin ahli keluarga dalam satu masa. Dalam masa yang sama setiap bulan kami mengumpul RM50 untuk setiap keluarga dan disimpan dalam tabung keluarga.. in case kalau setiap ada keluarga ada masalah atau dalam kesusahan bolehlah digunapakai wang tu.. kalau tiap hujung tahun ada duit lebih kami akan buat acara melancong 1 Malaysia bersama-sama. Alhamdulillah setakat ni wang terkumpul sangat memberangsangkan dan aku sarankan kat korang pun wajib ada meeting keluarga macam ni.. dapatlah kita memupuk semangat beringat-ingat sebelum susah dan dalam masa yang sama dapat juga erat hubungan kekeluargaan kann..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *