Four Square Supermarket

Kalau kat Malaysia hampir lebih dari 1200 kedai serbaneka 7-Eleven diseluruh semenanjung dan Sabah Sarawak tetapi kalau kat New Zealand korang tak akan nampak pun sebiji 7-Eleven sebab kat sini kedai serbakena yang popular adalah Four Square Supermarket. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan aku kat New Zealand 3 bulan lepas sepanjang perhentian akan aku jumpa Four Square Supermarket nih. Harganya pun taklah mahal dan amat berpatutan.. kalau korang nak tahu kat Four Square Supermarket pun ada jual makanan halal yang diimport dari Malaysia tau..

Masa mula-mula aku sampai NZ dulu agak terkejut gak ingatkan Four Square Supermarket ni ada kena mengena dengan apps FourSquare kat handphone tuh.. rupa-rupanya tidak sama sekali.. di New Zealand hampir 300 buah kedai serbaneka Four Square Supermarket telah wujud di negara ini ada terdapat beberapa kedai juga di Australia. Tapi kebanyakannya terletak di NZ lah.

 

Barangan tenusu dari New Zealand banyak dijual disini.. harganya pun murah je.. tapi dalam currency New Zealand Dollar lah.. kalau duit Malaysia darab lah dengan 2.5 ..

 

Ada barangan buatan Malaysia yang diimport dan diubah suai pack nya disini.. jadi jangan risaulah nak cari makanan halal kalau korang melancong ke NZ .. dengar kata daging-daging kambing biri-biri kat sini pun halal sebab mejoriti orang yang sembelih daging kat NZ ni dorang buat mengikut cara islam sebab kebanyakan dunia mengimport daging kambing dari NZ ..

 

So kalau korang nak cari Mr. Four Square bolehlah datang ke NZ sekarang sebab sekarang ni dah musim Spring dah sekarang ni pun kat NZ tengah berlangsungnya kejohanan Rugby World Cup 2011  so apa lagi.. jom lah Holiday ke NZ ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Four Square Supermarket

  1. ken says:

    four sqaure market.. haha.. nice.. got farmville there? 😛

  2. Mohd Zaid says:

    @ken haha u sudah pergi NZ ke?

  3. sudin says:

    salam mr zaid,,
    sy ada bcdg nk ke nz x lama lg… kalo blh nk mitk pnduan mr zaid kt mana ek tmp penginapan murh dan byk tmpt2 menarik area tsebut…

  4. Mohd Zaid says:

    @Sudin nanti boleh cek kat link ni.. ada banyak maklumat tentang NZ

    http://www.mohdzaid.com/percutian/newzealand

  5. sudin says:

    orait, thanks mr zaid… you pegi smpai auckland x?

  6. Mohd Zaid says:

    @SUDIN zaid pergi south island je.. tak pergi Auckland .. 🙂 moga satu hari nanti kesana pulak 🙂

  7. Very good info. Lucky me I ran across your site by chance (stumbleupon).
    I have saved as a favorite for later!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *