Sirap Bandung Soda – Suasana Jendelarasa

Semalam dinner aku dan kengkawan ofis mengidam nak minum air bandung soda nih.. ini kali kedua aku makan kat Restoran Suasana Jendelarasa yang baru buka kat sebelah pintu masuk belakang Sungai Wang Plaza. Kat sini tempatnya ok juga cuma harganya je agak mahal sikit tapi makanan dia memang sedap, kawan-kawan aku pun puji masakan diorang. Tapi aku paling suka dengan air Sirap Bandung Soda ni lah.. special dari Restoran Suasana Jendelarasa .. huhu ini 1st time aku minum air bandung soda ni sebenarnya nak buat air ni taklah susah mana pun.. korang cuma perlukan susu sejat Ideal, Sirap dan air soda (ice cream soda F&N) kalau nak lagi sedap boleh tambah pearl atau jelly ataupun boleh letak cincau pun syok gak..

Kalau korang makan kat Restoran Suasana Jendelarasa ni jangan lupa pekena Sirap Bandung Soda ni yek.. harganya cuma RM2.50 je.. tapi memang terangkat dan menghilangkan dahagalah.. sekali cuba pasti hendak lagi u know..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *