T-Shirt Maaduu Sudah Sampai

Yahoo akhirnya sampai gak baju Maaduu.com yang aku tunggu-tunggu ni kat rumah aku.. terima kasih kepada abang posmen yang selalu salah hantar surat, tiap kali surat aku mesti pergi rumah jiran.. apakah abang posmen kat sini malas nak jejak rumah aku ataupun diorang ni ingat jiran aku tu Mohd Zaid Othman? ntahlah… tapi tak apa jiran aku ni orangnya jujur semua surat aku yang sampai kat tangan dia mesti dia sampaikan kat aku secepat mungkin. hoho okey malas nak cerita pasal abang postmen aku nak cerita baju Maaduu.com yang baru aku dapat ni..

 

 

Nota yang ditinggalkan dalam plastik baju aku tuh.. Tahniah anda telah berjaya memenangi kemeja T edisi terhad Maaduu.com .. huhu tak sia-sia aku sekarang ni melayan cerita Korea kat website Maaduu.com untuk pengetahuan sekarang ni aku layak untuk peraduan kedua iaitu memenangi trip percutian ke Korea dan semuanya disponsor oleh mereka tapi tu pun kalau menanglah.. harap-harap diorang pilih aku lah sebab aku teringin benar nak melancong ke Korea.. nak pergi sendiri tu jangan haraplah memang tak mampu pun.. duit poket pun asik kosong je tiap-tiap bulan kan..

 

 

Tadaaa.. inilah dia tshirt yang aku dapat tu.. tapi.. tapi… tapiiiii… aku dapat saiz XL sure bila pakai macam nangka busuk punya.. saiz badan aku XXL tu pun kekadang dah ketat.. huhu.. takpelah simpan jelah baju ni dalam almari.. sekarang ni nak nekad nak kuruskan badan atleast turun 20-30 kilo ke.. tapi boleh ke.. bulan puasa ari tu aku turun berat badan 3kg tapi lepas raya ni naik balik 10 kg uuuwwaaaa….. bilalah nak kurus ni kan…

so kepada sesiapa yang nak menang baju ni gak boleh like FB Maaduu.com dan join peraduan diorang kat sana ye..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to T-Shirt Maaduu Sudah Sampai

  1. BudakComoT says:

    Okay..*cuba utk tak jeles*
    ..baju maaduu tue sgt cool…
    malangnya…tak dpt baju tue…T_T

  2. Mohd Zaid says:

    heheh sangat selesa tau baju ni… 🙂

  3. This excellent website certainly has all the info
    I needed about this subject and didn’t know who to ask.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *