Mayhem 2 – Hell In The Cell

 

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk datang ke Sunway Pyramid, Orange Concourse untuk tengok pelawanan seni mempertahankan diri Muay, Mayhem 2 – Hell In The Cell iaitu MMA (Mixed Martial Arts) Tournament yang pertama di Malaysia dan dibawakan oleh Muayfit. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku tengok tournament lawan-lawan macam ni, memang best gak tengok aksi-aksi mereka berlawan dalam sangkar neraka.  Seramai 64 peserta berentap untuk merebut kejuaraan. Aku tengok bersungguh-sungguh mereka ni nak menang, ada yang sampai luka parah dan tergolek-golek pun ada. Mereka ni dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Amateur dan PRO AM dan dalam 4 kategori iaitu Bantamweight, Lightweight, Welterweight, Middle & Up Weight.

 

Mayhem 2 – Hell In The Cell itulah tema perlawanan pada kali ini. Gambar kat atas tu adalah gelanggang perlawanan pada hari tersebut. Peserta perlulah mengharungi peringkat sehinggalah mencapai kejuaraan. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung dan penonton yang hadir pada hari itu, mungkin mereka pun berminat dengan seni mempertahankan diri ni jugak kan?..

Peserta Pro AM yang mengambil bahagian.. bila tengok diorang ni berlawan cuak gak diorang lawan betul-betul tau bukan acah-acah macam kat dalam tv tuh.. setiap peserta akan diberikan masa 4 minit untuk berlawan jadi siapa yang banyak buat serangan, tumbukan dialah menang. Kalau peserta tu tak larat atau dah lemah diorang boleh tarik diri.

Peserta Pro AM beraksi diatas gelanggang.. sakit ooo.. cuma yang pro je boleh buat macam ni.. adik-adik kat rumah jangan tiru aksi ni ye..

 

Untuk pengetahuan korang Muayfit merupakan salah satu pusat seni mempertahankan diri antarabangsa ala Thai Boxing yang terletak di C-27-01, 3 Two Square ,NO.2 JLN 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Kat sini korang boleh mempelajari pelbagai jenis seni mempertahankan diri dengan pelatih-pelatih profesional antaranya Muay Thai, Krav Mava, Capoeira, Systema, Knife Fighting (urban worrior),  Yoga, Step Aerobics, Chi Kung, Muay Kids, Best protection program dan bakal ditambah adalah Cross fit training. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi mereka terus di talian Tel : 03-7960 4759 ,03- 7960 4761 atau semak dilaman sesawang website : www.muayfit.com dan Facebook : facebook.com/muayfit4life atau sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke email : enquiry@muayfit.com

 

Sekarang pun @Milkadeal sedang buat tawaran sehingga 50% dari harga yang ditawarkan.Kepada yang berminat untuk dapatkan diskaun bolehlah klik link ni ye.. :)

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com