Volkswagen Das Auto Show 2011

Peminat-peminat kereta Volkswagen kini impian anda akan terlaksana. Mulai 10 September hingga 11 September ini bertempat di Stadium Bukit Jalil anda bakal menyaksikan Das Auto Show dan teknologi inovatif terkini serta model-model terhangat dari Volkswagen. Mungkin ramai pembaca blog Mohdzaid.com ni sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan “Das Auto” bagi mereka yang masih tertanya-tanya apa itu “Das Auto” merupakan perkataan yang berasal dari Jerman yang bermaksud “The Car”. Sesuailah dengan temanya Das Auto yang menitik berat dengan ciri-ciri keselesaan yang ada untuk sesebuah kenderaannya.

Melalui event Volkswagen Das Auto Show 2011 ini bakal mempamerkan kenderaan terbaharu Volkswagen antaranya 21st Century Beetle, Polo, Polo GTI, Golf, Golf GTI, Scirocco, Eos, Passat CC, Tiguan dan Touareg. Memang sesuatu yang membanggakan dengan rekaan yang begitu teliti dan menawan tetapi tetap tampil dengan ciri Ergonomik untuk pelanggannya.

 

Selamat datang ke Volkswagen Das Auto Show 2011 yang bakal menemui peminat pada 10-11 Sept ini di Stadium Bukit Jalil. Saya berkesempatan untuk datang ke sini dan menyaksikan kenderaan terbaharu Volkswagen

Logo Volkswagen yang sangat unik

Eyriqazz.com mencuba permainan kereta Volkswagen di Volkswagen Das Auto Show 2011

The Dome – sangat unik dengan berbentuk 360 darjah menampilkan grafik dan persembahan terbaik yang pernah saya lihat.

Persembahan nyanyian dari Ratu rock tanahair Ella.

Model kereta The 21st Century Beetle yang dipamerkan. Memang menjadi idaman kalbu saya untuk memiliki kereta ini suatu hari nanti. Dengan gaya yang sangat cantik menjadikan The Beetle menjadi tumpuan pengunjung di Volkswagen Das Auto Show 2011

Generasi terbaru iaitu Volkswagen Polo sangat menawan dengan warna putihnya, didatangkan dengan enjin kompak yang menjimatkan tenaga minyak sesuai untuk mereka yang mementingkan keselesaan.

Volkswagen Golf

Volkswagen Polo GTI

Volkswagen Golf GTI

Volkswagen Scirocco

Volkswagen Eos

Volkswagen Passat CC

Volkswagen Tiguan

Volkswagen Touareg

 

Jadi jangan ketinggalan ya, datang jangan tak datang tau ke   Volkswagen Das Auto Show 2011 pasti tidak menghampakan anda.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Volkswagen Das Auto Show 2011

  1. ida says:

    Volkswagen EOS lawaaa!! ok kena start kumpul duit

  2. Mohd Zaid says:

    yes yes @Ida .. hehe tapi saya kumpul duit sampai mati pun belum tentu mampu beli lagi kete ni hhehe

  3. zul says:

    Thanks for the lovely review. FYI, my company Oracle Projects International was responsible for the Domes, Content & Video. Ada komen lagi tentang Dome?

  4. Pingback: My Nuffnang Story – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *