Terokai Selangor Di #MSS2011

Sebagai seorang anak yang menetap di Selangor saya rasa cukup berbangga dengan negeri Selangor Darul Ehsan kerana disebalik negeri yang cukup pesat membangun dan mempunya kadar penduduk yang ramai ini, kita sebenarnya terlepas pandang tentang sumber pelancongan yang ada disini. Mungkin ada segelintir masyarakat tidak tahu yang Selangor juga mempunyai banyak daya tarikan yang teristimewa yang belum pernah dan jarang diterokai masyarakat dari segi budaya, adat resam, makanan tradisi, destinasi pelancongan dan macam-macam lagi.

 My Selangor Story bukan sekadar membawa saya kesatu destinasi yang membuka mata tetapi bagi saya ianya juga memupuk semangat 1 Malaysia dari berbilang bangsa dan agama. Tiada halangan untuk saya menyertainya pada tahun ini kerana My Selangor Story 2011 menjanjikan satu kenangan terindah dalam hidup ini kelak. Saya sukakan aktiviti mencabar minda dan fizikal dan saya ingin mencabar diri saya sendiri untuk menyertai My Selangor Story 2011 kerana pada tahun 2011 ini lebih banyak tempat yang bakal diterokai dan lebih banyak cabaran yang perlu diharungi dan juga lebih ramai rakan-rakan baru yang bakal saya jalinkan persahabatan ini hendaknya :)

I LOVE SELANGOR

I LOVE MSS 2011

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com