Permohonan Maaf Dari Petknode

Kesian.. kesian… kesian.. itulah yang bisa aku ungkapkan kepada pemilik kucing-kucing yang diberikan kepada Petknode untuk jagaan sementara semasa musim perayaan tempoh hari. Aku salah seorang pencinta kucing ni amat terkilan dengan tindakan yang dilakukan pemilik Petknode yang membiarkan kucing dan haiwan dalam jagaan mereka terbiar dan ada yang mati akibat kemurungan dan tidak diberi makanan. Adoiaaaiii kenapalah sampai macam tu sekalikan? Sebelum mengulas lanjut jom baca permohonan maaf yang dipetik dari Facebook mereka.

 

 

Mohon Maaf dari Kami

by Petknode Cat Boarding on Tuesday, September 6, 2011 at 11:31am

Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.

 

Okey pemilik Petknode dah minta maaf, tapi masalah sekarang ni boleh ke mereka pulangkan kucing-kucing yang dah mati tu?.. bagaimana perasaan pemilik kucing yang mereka jaga seperti anak-anak mereka sendiri?.. aahhhh aku sedih betul tengok berita kat TV ada sampai kucing dah mati dan ada yang kurus kering.. kepada pemilik kedai berkenaan lain kali kalau rasa tak mampu nak jaga jangan la buat business, minta maaf memanglah mudah tapi bagaimana pula kepercayaan pelanggan selepas ini. Kalau nak berniaga tu kenalah ikhlas, jangan nak fikir untung semata-mata lebih-lebih lagi dalam perniagaan melibatkan nyawa ni. Tanggunglah dosa pahala kat akhirat nanti ye..

 
Jom tengok luahan dan cerita disebalik kejadian ini..
 


http://www.youtube.com/watch?v=HM1HAxkiGs8

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Permohonan Maaf Dari Petknode

  1. ahmad says:

    mati la kau!!!mintak maap konon…dah terlambat brooo…pecinta2 binatang ni sume akan amik tindakan..walaupon mungkin ko lepas dari hukuman…tapi waspadalah..kalau x kami yg balas nanti Tuhan akan balas….

  2. akuzle ayu says:

    sy masih x paham naper si penyangak 2 ekor tuh buat mcm tuh. pdhal depa pon pencinta haiwan kan? pastuh siap ckp kt fb lg yg mintak tolong org ramai jagakan kucing2 depa yg berbelas2 ekor tuh termsk seekor anjing yg depa selamatkan…..hmmmm… dh kener virus kots otak depa tuh….

  3. sharifah says:

    Ade jugak manusia manusai cam nie…!..May they rot in hell..! Disgusting..!

  4. syazana says:

    sy adalah salah seorang dari pemilik kucing yang hantar di PETKNODE nie….sekarang kucing sy seekor dah mati..yang lg 3 ekor tngah sakit walaupn sudah dibawa untuk menerima rawatan di jabatan veterinar shah alam….sedih sgt2…saya mohon kalian semua doakan kesembuhan buat kucing2 sy yg masih hidup tp terseksa kesakitan…… :-((

  5. Jorjie says:

    Buu (jorjie’s dad) dah hilang semasa dalam jagaan mereka. Polis repot telah pun di buat. Sayang baka sangat cantik..mesti kes dia jual.

  6. Mohd Zaid says:

    sabar @ahmad .. biar Allah yang menghukumnya..

  7. Mohd Zaid says:

    @akuzle ayu , kalau dah buat macam tu tak de maknanya pencinta binatang.. tu pembunuh binatang..

  8. Mohd Zaid says:

    @sharifah sabar biar Allah yang menentukan kemana hala tujunya selepas ini.. tapi harap2 dia akan meringkuk dalam neraka sampai bila2..

  9. Mohd Zaid says:

    @syazana saya bersimpati dengan kucing awak.. sabar ye.. moga-moga kucing awak yang lain cepat sembuh…

  10. Mohd Zaid says:

    @Jorjie sabar bro… kita doakan je kucing2 yang terselamat tu sihat lepas ni..

  11. I am actually grateful to the owner of this web page who has shared this impressive article at here.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *