Raya.. Raya.. Duit Raya Lagi..


20110831-005524.jpg

Tahun ni rasa sekejap je berpuasa kan.. Pejam celik dah beraya dah.., yelah kan makin besar panjang ni otak pun dah pandai berfikir. Tiap-tiap tahun sejak aku bekerja kat 7-Eleven ni aku mesti akan bekerja pada musim perayaan. Bukan tak ada niat nak beraya tapi kalau aku ambik cuti pun rugi je sebab kampung aku dekat je so lepas balik bekerja still boleh beraya kat rumah nenek di Kajang.

Tiap-tiap tahun sebut je hari raya pasti aku akan terkenangkan lauk pauk yang nenek dan makcik pakcik aku masak. Time ni lah nak merasa masakan air tangan mereka. Ada yang sedap ada yang masin ada yang tawar hambar tapi tu semua adalah keceriaan yang aku dapat time aidilfitri ni. Bukan senang tau nak dapat makan yang best-best ni..

Masa aku kecik-kecik dulu tibanya hari raya mulalah aku akan pakat dengan para sepupu aku untuk pergi serbu rumah jiran-jiran.. Bukan nak makan pun tapi nak pergi collect duit raya. Ada tu bagi 50 sen je siap kitaorang complain lagi jiran kita orang kedeng. Haha tapi tu dulu lah sekarang ni dah tak de maknanya nak kumpul duit raya lagi. Special sikit buat aku ni walaupun dah besar panjang tapi aku masih terima duit raya. Haha jangan jeles ye makcik pakcik aku memang hartawan.. Walaupun dah berbulu orang cakap tapi masih lagi dapat salam berisi tiap kali hari raya. Terima kasih la kat pakcik makcik dan nenek aku yang sentiasa murah rezeki dan beri duit raya kat anak-anak buahnya ni.

Harap tahun depan still la maintain macam biasa je, kalau boleh duit sampul raya tu up kan sikit untuk tahun depan haha… Apa-apa pun duit raya sekadar pelengkap dan warna warni hari raya. Kalau diorang tak bagi pun aku still nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan mereka. Yelah setahun buat dosa pahala manalah tahukan kalau ada terkasar bahasa dan tak hormat mereka yang lebih tua.

Hasihat aku kat adik-adik yang bakal membesar tu janganlah terlalu mengharapkan duit raya tapi kemaafan itu yang paling penting sekali sebenarnya. Lepas minta maaf baru minta duit okey.. Tapi kalau pakcik makcik tu tak bagi duit raya tak payah la nak minta-minta pulak kan.. Cukuplah sekadar apa yang ada.. Diorang dah jamu makanan pun dah memadai tul tak..

Okey ni nak cakap tahun ni aku dapat duit raya RM 63 hengget tau.. Haha banyak tak banyak lah kalau dah tua tua ni pun dapat kan nak cakap apa.. Huhu.. Apa-apa pun aku doakan kepada yang memberi aku duit raya ni sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezekinya amin…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.