Review Album – Siapa Peduli?

 

Tergerak kat dalam lubuk hati ni untuk membuat review album yang baru aku dapat ni. Memang sadis bila dengar cerita pasal Gaza. Siapa Peduli? Gaza penuh dengan kancah kekejaman dan ditindas dengan manusia jahat yang tidak mempedulikan prikemanusiaan. Anak-anak kecil mati tatkala mereka harus menikmati dan diberikan keistimewaan dan hak asasi dalam dunia ini. Siapa Peduli? dan yang akan membela wanita-wanita dan pemuda Gaza? Ibu Bapa mereka juga turut mati dan terhumban oleh durjana.

Demi satu perjuangan Siapa Peduli? Siapa yang akan membebaskan tanahair tercinta mereka? Aku pasti kita rakyat 1 Malaysia turut hiba dengan apa yang terjadi kepada mereka. Pedulikah kita tentang mereka? banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab tetapi dengan sedikit ikhsan kita sebenarnya dapat membantu walaupun tak banyak sedikit pun sudah cukup memadai bagi mereka yang memerlukan.

Sedikit Info tentang Gaza :

Sejak 2006 Gaza telah dihukum oleh Israel dengan kerjasama Mesir dan US dengan cara melakukan sekatan seluruh sempadan Gaza iaitu laut , darat dan udara. Hukuman itu ialah bila kerajaan Gaza beralih kepada HAMAS yang menang dalam pilihanraya pada 2005 . Semenjak itu 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza yang hanya  45 km panjang dan 14 km lebar itu menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia. Sekatan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan menafikan hak asasi manusia itu telah menyebabkan seluruh ekonomi Gaza hampir lumpuh dan sebagai akibat telah menjadikan kehidupan di Gaza bagaikan neraka dunia. Mereka dinafikan untuk keluar dari Gaza melalui mana-mana sempadan , orang luar Gaza tidak dibenarkan masuk , bantuan kemanusian seperti ubat-ubatan , makanan , keperluan harian  disekat masuk ke Gaza dan pengangguran melonjak naik.

Pada 27hb Disember 2008 hingga 17 hb Januari 2009 Gaza diserang oleh Israel selama 22 hari. Mesir pula menutup pintu Rafah yang merupakan satu-satunya peluang rakyat Gaza menyelamatkan diri. Lebih 1400 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh , ribuan lagi cerdera , 5,000 rumah kediaman hancur , puluhan sekolah dan masjid di bom , hospital di jadi sasaran , universiti dan bangunan Parlimen di tembak dengan peluru berpandu , bangunan polis , bangunan PBB dan banyak gedung kementerian diledakkan , sebahgian besar infrastruktur seperti sanitasi , prasarana kumbahan , jalanraya ,jambatan , bekalan eletrik dan air musnah . Israel mengguna helikopter , jet pejuang , peluru berpandu jarak jauh dan bom posforous yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dalam serangan paling ganas dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Malangnya agensi  dunia seperti UN , NATO , OIC , Liga Arab , Palang Merah tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan keganasan Israel.

Sehingga kini Gaza maseh terus dikepong dan kehidupan rakyat Gaza terus menderita. Gerakan membebaskan Gaza kini bergema diseluruh dunia . MAPIM mengenalpasti projek Hospital Kanak-kanak sebagai projek yang utama untuk memulihkan keadaan di Gaza. Flotilla ( rombongan kapal-kapal kemanusiaan )  dari beberapa negara yang digerakkan oleh pelbagai golongan dari NGO dan individu antarabangsa akan terus berusaha untuk memecah kepungan laut Gaza oleh Israel.

 

Sedih dengan penderitaan dan kezaliman yang ditimpa mereka.. kini kita sebagai insan yang bertuah wajarlah membantu mereka ini. Melalui pembelian Album Siapa Peduli? ini sedikit sebanyak dapat membantu pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album yang menampilkan 10 buah lagu keinsafan dan rintihan rakyat Gaza ini memang menusuk dikalbu tatkala mendengarnya. Lagu-lagu tersebut adalah Anak-Anak Palestina, Siapa Peduli?, Mimpi Gaza, Deir Yassin Bercerita Pedih, Illusi Dan Fantasi, Di Malam Itu… Sebra Shatila, Apalagi Yang Tinggal?, Masjid Al-Aqsa, Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi dan Who Does Really Care?.  Album ini diterbitkan oleh MAPIM dan One Scream Studio dan diedarkan oleh Sheikh Qalam Records, Universal Music Malaysia. Ya Allah! Ya Allah! selamatkanlah GAZA! kuatkanlah semangat mereka. Dalam album ini juga turut menampilkan Datuk A.Samad Said, Mawi, Azhan, Putera, Mila, Jay Jay, Liza Hanim Syafinaz, Alyah dan Hafiz. Harapan mereka cuma satu iaitu membantu Gaza membina Hospital Kanak-Kanak disana.

Bagi aku album ini sangat istimewa kerana menginsafkan diri dan memperingati penderitaan sahabat disana. Jadi dapatkanlah album ini dipasaran sekarang dan bantulah GAZA demi masa depan mereka.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Review Album – Siapa Peduli?

  1. Siti Farina says:

    Saya dah dengar lagu “Siapa Peduli” kat youtube….memang sedap….gandingan vokal yang mantap. Bole tanya tak?…Dari mana saudara Mohd. Zaid dapatkan album itu? Saya dah cuba cari kat beberapa buah kedai tapi tak jumpa pun.. 🙁

  2. Mohd Zaid says:

    Salam siti.. zaid dapat cd ni masa majlis iftar anak yatim anjuran universal music malaysia hari tu.. ok nanti zaid cuba tanya mereka kat mana kita boleh dapatkan album ni ye..

  3. Mie says:

    Nice review! Cuma dh try cari kat merata kedai CD tp tak de yg jual… Boleh beli on9 dr saudara?

  4. Assalam… Sy Ariff Budiman Ishak, wakil dari Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, yg turut serta di dalam Rombongan Radig 2 ke gaza ramadhan yang lalu. sekiranya anda yg ingin mendapatkannya, boleh menghubungi saya, 013-5020003 untuk dapatkan cd ini. setiap pembeliannya, akan disumbang terus ke tabung gaza. RM25, boleh COD di area Kota Damansara. untuk Pos, tambahan RM5. terima kasih.

  5. Mohd Zaid says:

    @Mie nak beli ke? boleh je beli dari zaid.. email zaid kat yedkajang@gmail.com ye..

  6. Mohd Zaid says:

    terima kasih atas maklumat ini tuan..

  7. Khaidir ali says:

    Hai salam, saya khaidir dari Indonesia .
    sudah dengar juga album dari saudara di malaysia siapa peduli?.
    nice album, emmm..actually kami di Indonesia juga membuat album untuk palestina
    kami beri judul “we are all palestinian” dengan visi misi yang sama dengan saudara di malaysia.

    longlive palestine

  8. Mohd Zaid says:

    @Khaidir ali salam saudara.. ooo boleh terangkan lebih lanjut tentang album tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *