Review Album – Yazer (Raja Dan Hamba)

 

Berbekalkan pengalaman di realiti TV Akademi Fantasia 3 mematangkan Mohd Yazer bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Yazer dalam dunia industri muzik tanahair. ‘Rock Stady‘ itulah tema Yazer ketika berada di AF3 dan kini album sulung terbaharunya ‘Yazer Raja Dan Hamba‘ menampilkan lagu-lagu bercorak rock segar dan unik untuk haluan telinga pendengar. Peminat Yazer khususnya pasti ternanti-nanti album ini dan berhak mendapatkan yang terbaik dari albumnya. Yazer sendiri memberikan 100% yang terbaik dalam album ini dan bakal menceriakan lagi industri muzik rock Malaysia hendaknya.

Menampilkan 7 buah lagu baru iaitu Raja Dan Hamba, Tetap Padamu, Kau Masih, Spektakular, Usah Sangsi Lagi, Jerat, Lain Dari Yang Lain dan sebuah lagu yang digubah semula iaitu Cinta Zaman Berzaman (OST GONG). Album Raja Dan Hamba ini semestinya koleksi terbaik dari Yazer melalui terbitan Luncai Emas Sdn. Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Sdn. Bhd.  Apa yang menarik lagu-lagu dalam album ini digubah oleh M.Nasir dan Yazer sendiri. Komposer terkenal seperti AD Samad, Ilham (Pitahati), Loloq, S. Amin Sahab dan Keon turut mencipta lirik untuk Yazer. Melalui kebolehan yang ada Yazir sendiri telah menulis 1 buah lagu dalam albumnya bersama komposer Ilham iaitu lagu Tetap Padamu dan beliau (Yazer) telah mencipta  melodi untuk lagu Spektakular.

Melalui pengalaman aku ketika mendengar album Raja Dan Hamba ni boleh aku katakan kesemua lagu didalam album ini mempunyai element yang menarik dan susun atur yang sangat mantap. Memang terbaik dan antara lagu yang aku rasakan bakal meletup dicorong radio adalah lagu Raja Dan Hamba, Tetap Padamu dan Spektakular.

Kepada peminat Yazer apa tunggu lagi, dapatkan album ini dipasaran sekarang dengan harga istimewa RM21.90 sahaja. Juga terdapat ringtone/nada dering yang boleh dimuaturun melalui telco terpilih.

 



PS : BELI YANG ORIGINAL YE.. SUPPORT ARTIS KITA 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Review Album – Yazer (Raja Dan Hamba)

  1. JMR says:

    tup-tup kuar album lak si yazer ni ek..:-)

    bgus bro promot artis tmptn..:-)

  2. Mohd Zaid says:

    Salam bro.. sekali sekala promo album artis kita.. kalau tak kita siapa lah lagi nak promo mereka kan.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *