Berbuka Puasa Di Tanzini, G Tower Hotel

Alhamdulillah kenyang betul bulan puasa tahun ni, ada saja jemputan berbuka puasa sana sini. Yang penting semuanya free haha nak beli sendiri tak mampu aku dan tak merasalah nak makan kat tempat mahal-mahal ni.. Terima kasih kepada pengurusan Tanzini G Tower Hotel sebab sudi jemput kami beberapa blogger yang tak berapa nak glamour ni makan kat sini.  Ini kali pertama aku makan kat restoran mewah rasa macam jadi orang kaya jap walaupun berada kat sini hanya beberapa jam je untuk berbuka puasa.

Makanan kat sini memang sedap-sedap belaka dengan suasana romantiknya menambat hati sesiapa saja yang datang kesini. Memang sesuailah kalau mereka yang nak dinner bersama pasangan ataupun dengan keluarga. Damai dan tenang je bila kat sini lebih lagi dengan pemandangan kota Kuala Lumpur dan KLCC yang tersergam indah.

Kepada yang nak makan kat sini memanglah dialu-alukan dan tak lama lagi akan ada promosi di MilkAdeal untuk set Lunch kat Tanzini, G Tower Hotel so korang tunggu info dari diorang ye.. apa lagi masa inilah nak merasa makan kat tempat best..

 

Tanzini terletak di tingkat 28, GTower, berdekatan dengan Jalan Tun Razak.

Pemandangan indah Kuala Lumpur dari tingkat atas Tanzini, G Tower Hotel

Pemandangan KLCC dan Kuala Lumpur waktu senja di Tanzini, G Tower Hotel

The Club Tanzini, kat sini boleh lepak-lepak sambil hirup udara nyaman Kuala Lumpur

Blogger yang hadir disajikan dengan makanan mengikut set.. huhu air dia sedap tau dan appetizer dia pun layanzz..

Awek aku makan ayam ni.. apa nama dia ye lupa la pulak.. tapi sedap gak

Lamb Shank ni aku punya.. huhu jangan terkejut memang best rasanya..

Pencuci mulut yang comel dan menawan hati haha..

Apa-apa pun terima kasihlah sudi jemput aku datang makan kat sini ye.. ok kalau korang nak try boleh datang sendiri kat alamat dibawah ni ye.. :-

Tanzini
28th Floor, GTower,
199, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Reservation number: 03-21681899
Business Hours:
Lunch: 11.30am – 2.30pm
Dinner: 6.30pm – 10.30pm
Monday to Saturday

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.