Universal Music Malaysia Rai Anak Yatim Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Shazana Pau Shop, Kg Baru Kuala Lumpur berlangsungnya satu majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia dan artis-artis dibawah naungannya berbuka puasa bersama-sama anak yatim Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah .. Aku memang tabik dengan mereka yang menjayakan program ni sebab bagi aku ini satu amal kebajikan yang patut ada dalam setiap insan dan patut dicontohi syarikat-syarikat ramakan yang lain. Syabas kepada Universal Music Malaysia kerana mengambil kesempatan ini untuk membuat amal jariah kepada mereka yang memerlukan bantuan, dalam majlisnya juga mereka turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada anak-anak yatim yang hadir. Selain dari menerima sumbangan ikhlas, anak-anak yatim ini turut dihiburkan dengan persembahan beberapa orang artis dan antara yang hadir pada majlis tersebut  Kugiran Tepi Pantai, Ana Rafali, Yazer Yusof, 6ixth Sense, Ahmad Ahmad, Man Kidal dan Saujana.

Blogger juga turut diundang ke majlis berbuka puasa ini bagi memeriahkan majlis. Memang tak dinafikan blogger kini turut menjadi sebahagian dalam orang penting bagi sesebuah majlis itu. Jemputan ini dapat menjadikan dan menjalinkan hubungan baik antara blogger dan pihak penganjur dimasa akan datang. Semoga tradisi ini dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang. Kumpulan  Ahmad Ahmad turut membuat persembahan menghiburkan para blogger dengan lagu-lagunya yang sangat menarik untuk didengar. Juga kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu berjudul Penerang Hati dimana versi asal duet bersama 6ixth Sense. Memang best lagu ni dan menginsafkan diri dengan lirik-liriknya yang sangat puitis.

Sempat terdengar telatah Yazer Yusof supaya meminta adik-adik ni belajar pandai-pandai.. Gambar diatas adalah sesi memberi duit raya dan cenderahati oleh artis-artis Universal Music Malaysia dan pihak Shazana Pau Shop

Wahh Yazer dah ada album baru.. nantikan review album nya di post aku akan datang ye.. hehe. memang terbaiklah lagu-lagu Yazer Yusof ni..

Abang Man Kidal sekarang ni bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan mencari bakat-bakat baru dalam bindang penulisan lirik. Sekiranya korang ada lirik-lirik yang menarik dan best bolehlah hantar kepada mereka. Mana tahu lagu korang dinyanyikan oleh artis terkenal tanahair kan.. Gambar diatas adalah Juan Danza dan Man Kidal

Ahmad Ahmad … memang menarik lagu-lagu diorang ni.. kalau berkesempatan aku nak sangat buat review album mereka.. sebab bagi aku lagu mereka ni sebenarnya unik dan liriknya santai tapi ada maksud tersendiri.. Cayalah Ahmad Ahmad .. :)

Kumpulan Saujana mendendangkan lagu Penerang Hati.. Sempena ramadhan ni pihak Universal Music Malaysia menjalinkan ikatan bersama kumpulan Saujana dan 6ixth Sense untuk lagu ni. Memang best liriknya..

Caaakkkk!!! haha kalau jumpa Ana Rafali mesti nak bergambar dengan dia sebab dia ni ngam ngan semua orang.. Ana thanks ye kad raya tuh.. btw kita berdua ni memang comel kan.. haha..

Aku ngan Kak Pah dan Kak Red .. wah kak red ngan kak pah memang meletoppssszzz tau.. comel..

Blogger-blogger yang diundang dan yang hadir.. apa-apa pun thanks kat Hilal Azmi sebab invite ye.. :)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.