MilkADeal Touch – Craves for Cakes

Semakin canggih aku sekarang ni sebab sekarang dah mula beli di MilkADeal secara dalam talian mobile.. haha saja try teknologi terkini.. kalau kita tak gunakan siapa lagi yang nak pakai kan.. bagi aku pembelian secara online di web dan mobile MilkADeal memang mudah.. hanya beberapa langkah saja pembayaran boleh dibuat dan kehendak dihati pun menjadi kenyataan. Okey untuk pengetahuan semua hari ni aku dah beli cup cake untuk raya nanti. So sesiapa yang datang beraya rumah aku pasti akan aku jamu dengan cup cake yang sedap ni. Nanti hari raya datanglah ke rumah ye korang boleh makan sepuas hati.

Bagi yang masih blur dan tak tahu pasal MilkADeal ni boleh tengok post aku yang lepas-lepas Jom Beli Kuih Raya Dari LoveBakeCookies – Milkadeal dan Milkadeal – Jom Pekena Ayam Penyet Ria. Aku dan mula beli barang secara online je sekarang ni.. bukan aku malas tapi aku rasakan disini (MilkAdeal) memang berbaloi dengan tawaran dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Bukan sekadar barangan bermutu yang dijualkan tetapi selain daripada itu aku juga dapat diskaun dan penjimatan hebat setiap hari dan setiap pembelian aku di laman MilkAdeal.

Hari ni nak cerita sikit yang aku dah beli 2 set Cup Cake dari Craves for Cakes murah dan sedap itulah yang aku inginkan.. haha tapi kali ni berlaianan sikit dengan setiap pembelian aku sebelumnya sebab aku try beli secara mobile pulak guna ipad2 aku tuh.. okey kalau korang nak beli melalui handphone atau ipad boleh try guna link ni.. http://touch.milkadeal.com sebab beli secara mobile lagi mudah dan pantas selain tu korang boleh shopping kat mana tempat sekali pun.. time nak membuang dalam toilet pun korang boleh shopping tau haha..

 

Cara-Cara Pembelian MilkADeal Touch :-

 

Langkah pertama : Masuk laman http://touch.milkadeal.com menggunakan ipad atau handphone anda..

 

Langkah dua : Pilih lokasi untuk promosi berdekatan tempat anda.. Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang.

Langkah tiga : Pilih bahasa kegemaran.. mudah bukan.. Milkadeal juga menyediakan perkhidmatan dwi bahasa di laman web mobilenya.

Langkah empat : Setelah membuat pilihan lokasi dan bahasa, korang boleh pilih promosi yang berkenan dihati.. untuk kali ini aku nak shopping Cup Cake pulak.. jadi pilih bahagian Food & Baverages kemudian klik barangan pilihan anda.

Langkah lima : Klik “BUY” untuk membuat pembelian. Sila semak detail dan maklumat barangan serta promosi dilaman ini sebelum membuat sebarang pembelian.

Langkah eman : Pilih kuantiti dan buat pembayaran. Mudah melalui mobile pun korang boleh buat pembayaran dan ianya dijamin SELAMAT ye..

Langkah tujuh : Setelah pembelian berjaya.. share’lah dengan rakan-rakan anda. Mungkin mereka juga inginkan penjimatan seperti yang anda dapat 🙂 orang cakap sharing is caring tul tak ? 🙂

Langkah lapan : Setelah pembayaran selesai korang boleh terus Redeem voucher code kat sini.. mudah semudah-mudahnya kan.. hanya lapan step je korang dah boleh beli barang kesukaan korang kan..

haha macam mana? mudah tak beli secara mobile dengan menggunakan MilkADeal Touch ? senang je kan.. haha ok sekarang aku nak cakap pasal Craves for Cakes yang aku beli tadi ni.. aku dah tempah 2 set iaitu 6 Kek Cawan Rainbow dan 6 Mufin Glorious Chocolatey hanya RM15 setiap 1 set .. Penjimatan sebanyak 44% Diskaun dari harga asalnya RM27 .. apa yang ditawarkan oleh Craves for Cakes ni memang berbaloi sebab boleh jadikan sebagai hadiah hari jadi dan mungkin hidangan untuk tetamu semasa hari raya nanti.  Sedikit info :-

Apa Yang Anda Dapat

6 Kek Cawan Rainbow Buttercream ATAU

6 Mufin Glorious Chocolatey

Opsyen: Diskaun 20% untuk Kek Pisang, Kek Marble Pusar Tiga Warna dan Shortbread Blueberry bernilai RM45

Tarikan Utama

HALALSesuai sebagai hadiah untuk Hari Raya, Harijadi, Sambutan Ulangtahun dan lain-lain majlis keraian

Dibakar segar menggunakan bahan berkualiti tinggi

Boleh memilih dari 6 warna krim mentega: merah jambu, ungu, kuning, hijau, turkois & oren

Diskaun 20% untuk Kek Pisang, Kek Marble Pusar Tiga Warna dan Shortbread Blueberry bernilai RM45

Penghantaran percuma ke Taipan USJ & Petronas USJ20

Syarat-syarat

Tempoh Penebusan: 27 Ogos 2011 – 27 November 2011

Tiada had Pembelian & Penebusan seorang

HALAL

Boleh memilih dari 6 jenis warna krim mentega iaitu: merah jambu, ungu, kuning, hijau, turkois & oren

Diskaun 20% untuk Kek Pisang, Kek Marble Pusar Tiga Warna dan Shortbread Blueberry bernilai RM45

Perlu membuat tempahan 1 minggu sebelum.

Sila emel: craves4cakes@hotmail.com

Penghantaran percuma ke kawasan-kawasan ini: Taipan USJ10 & Petronas USJ20

Caj tambahan RM3 dikenakan untuk penghantaran ke Subang Parade.

Untuk penghantaran ke kawasan-kawasan lain, sila hubungi Craves4Cakes terus.

Penghantaran dibuat 2-3 kali seminggu bergantung kepada jadual penghantaran Craves4Cakes

Cara menebus tawaran ini:

1) Beli baucar ini

2) Dapatkan baucar dalam akaun anda di “My Stuff” di MilkADeal

3) Buat tempahan 1 minggu sebelum untuk memilih Kek Cawan atau Mufin

4) Serahkan baucar semasa pengambilan pesanan atau emelkan baucar serta nama penuh dan nombor telefon

5) Nikmatinya! Sila lihat syarat-syarat yang diguna pakai untuk setiap tawaran

APA LAGI?…
KALAU BERMINAT JOM BELI DISINI SEKARANG !
http://milkadeal.com/deals/craves4cakes

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to MilkADeal Touch – Craves for Cakes

  1. ken says:

    tak pernah beli dari milkadeal so far.. hehe..
    but the cakes look good 🙂

  2. Mohd Zaid says:

    ken u patut try.. sebab boleh dapat diskaun 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *