Semurni Kasih : Salurkan Bantuan Anda di 7-Eleven Community Care

Hari Raya semakin hampir dan bulan Ramadan bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak 7-Eleven Malaysia ini mereka telah mengadakan 7-Eleven Community Care dalam program Semurni Kasih bagi membantu golongan dan badan kebajikan yang memerlukan bantuan. Program Semurni Kasih ini telah bermula dari 1 Ogos hingga 4 September 2011 bertujuan mengumpul barangan keperluan dan makananĀ  yang dibeli dari rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia untuk disumbangkan. Hanya melalui 4 cara sahaja kita dapat bersama-sama membantu kepada mereka yang memerlukan.

Anda Menyumbang, Kami Menyalurkan. Anda boleh membeli barangan yang dicadangkan dari senarai dibawah untuk disumbangkan kepada penerima-penerima terpilih. Antara barangan yang dicadangkan adalah Makanan Segera, Barangan Runcit, Minuman Tanpa Alkohol, Makanan Bijirin, Biskut dan Snek, Barangan Keperluan dan Ubat-ubatan. Hanya 4 langkah mudah untukĀ  membuat sumbangan. Pertama datang ke store 7-Eleven Malaysia berhampiran, kedua pilih barangan yang ingin disumbangkan berdasarkan senarai cadangan barangan yang boleh disumbangkan, ketiga buat pembayaran di kaunter, akhir sekali masukkan barangan pilihan yang ingin disumbangkan ke dalam kotak “Semurni Kasih” yang disediakan.

Sumbangan ikhlas amat bermakna bagi mereka yang memerlukan, jadi bersama-samalah kita menjayakan Semurni Kasih ini agar kita semua dapat keberkatan dan memeriahkan lagi hari raya tahun ini bersama-sama orang yang tersayang. Maklumat lanjut dan senarai penerima sumbangan boleh layari di : http://www.7eleven.com.my/html/default.aspx?ID=234&PID=235

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.