Roslan Aziz Perkenalkan Band Indonesia GOLDEN DRAGON

 

Buat julung kalinya penerbit eksekutif album terkenal Malaysia Roslan Aziz memperkenalkan anggota kumpulan dari Indonesia iaitu Golden Dragon. Ini adalah projek terkini Tune Studios dalam pemasarannya dengan memperkenalkan album penuh dari Golden Dragon di Harbour Place Mall Klang baru-baru ini dalam sidang medianya.

Semua anggota Golden Dragon ini adalah berbangsa cina, walau bagaimanapun, seperti biasa dengan kebanyakan Indonesia cina yang lain, mereka tidak begitu fasih kecuali pemimpin vocalnya Icun Lin. Ahli-ahli lain Golden Dragon – Bertho Yu (keyboardist), Dhanny Ji (gitar), Andre Wu (Bass), Henzt Wei (drum), Sanley Zhong (vokal) dan Steve Zhang (vokal) hanya bercakap Bahasa Indonesia.

Menurut mereka band ini mempunyai 7 orang ahli yang telah wujud selama 11 tahun yang lalu dan sering melakukan persembahan dan pertunjukan pentas di majlis perkahwinan di seluruh Indonesia dan mereka sangat popular terutamanya di kalangan masyarakat Cina. Nama Golden Dragon ini berasal dari Tahun Naga pada permulaan penubuhan kumpulan ini pada tahun 2000. Album ini di bawah label Tune Studios dan RAP, juga dikatakan menjadi album Cina yang pertama oleh band Indonesia.

Jadi kita nantikan saja kemunculan album terbaru kumpulan Golden Dragon ini dipasaran nanti. Pastikan beli yang original ye.. :)

 

 

Rakaman album disasarkan siap pada bulan Oktober. Dijadualkan akan dilancarkan untuk Tahun Baru Cina 2012, album ini akan diedarkan di Indonesia, Malaysia dan pasaran lain yang berbahasa Cina di rantau ini. Golden Dragon merupakan pemenang Asean-wide AirAsiaRedTix MTV redAMP pada tahun 2010 dan kontrak rakaman dengan Roslan Aziz adalah sebahagian daripada hadiah kemenangan mereka.

 


 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com