Saya Mengalami Cirit Birit Selepas Makan Juadah Berbuka Puasa

Semalam kecoh satu Malaysia tentang kematian seorang pelajar perempuan selepas 12 jam memakan juadah yang dibeli keluarganya di Bazar Ramadan. Keluarga mangsa pun turut mengalami simptom yang sama. Ahhhh risau pulak aku dengan berita yang menggemparkan ni. Kebetulan pula hari ni aku pun mengalamai cirit birit selepas makan makanan yang aku beli kat sebuah shopping complex terkemuka di Kuala Lumpur ni untuk berbuka puasa, malah bukan aku sorang saja yang mengalami cirit birit, 3 orang rakan aku yang lain pun turut sama kena setelah makan makanan sama-sama kita orang beli.

Ciss nyesal pulak aku pergi beli makanan buka puasa kat situ next time tak nak lagi aku pergi sana. Sebenarnya kat tempat kerja aku ni memang susah nak cari makanan lebih-lebih lagi time bulan puasa ni memang puaslah nak merayau pilih makanan. Makanan tu ada tapi selera ni kadang-kadang demand yang sedap-sedap. Disebabkan aku mengalami kesakitan yang amat sangat, esok mungkin aku akan pergi buat rawatan di klinik berdekatan rumah aku. Tengoklah kalau-kalau doktor boleh bagi MC ke kan.. sebab dah tak tahan sangat dah ni.

Moral of the story lepas ni aku akan lebih berhati-hati memilih makanan untuk berbuka puasa. Tapi tak boleh nak salahkan aku sorang je, pihak kedai atau bazar ramadan pun perlulah jaga juga kebersihan makanan sebelum dijual kepada pelanggan. Maklumlah bulan puasa, bukan pelanggan boleh rasa dulu makanan tu. So lepas ni aku dah tak nak lagi beli makanan kat C**D ST**A*E tu lagi.. memanglah murahkan tapi dah sampai kena sakit-sakit macam ni dah menunjukkan kedai tu memang tak bersih walaupun ianya didalam sebuah shopping complex.

 

Satu-satunya ubat pelali yang aku makan sekarang.. sebab hari dah lewat malam.. nak pergi klinik semua dah tutup.. so esok je lah.. hai perott janganla ko meragam malam ni ye.. PIL Chi Kit Teck Aun memang terbaik.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.