Terbaik : Proton Saga FLX Dikuasakan Dengan Transmisi CVT

Proton sebagai pengeluar kereta nasional Malaysia telah melancarkan kereta terbarunya iaitu Proton Saga FLX yang mula menemui pengguna pada 25 Julai yang lalu. Proton Saga FLX ini menggunakan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L yang pastinya akan memberikan penjimatan dalam penggunaan bahan bakar (Minyak) serta memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pemandu kereta ini. Disamping itu, Saga FLX ini juga dapat memberikan putaran enjin yang cekap dan terbaik denagn Rotation Per Minute (rpm) yang cekap yang pernah dihasilkan oleh syarikat Proton. Purata harga bagi Saga FLX ini adalah diantara RM 38,598 hingga RM 44,998 dan sudah pasti kereta ini mampu dimiliki oleh rakyat malaysia kerana ia sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli.

 

Proton selaku pengeluar kereta nasional sudah pastinya akan memberikan keselesaan kepada pemandunya. Oleh itu, Proton Saga FLX telah dihadirkan dengan dua model iaitu  FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive. Proton Saga FLX ini juga mempunyai gear manual dan CVT bagi memberikan pilihan terbaik kepada pemandu untuk memilihnya. Proton Saga FLX ini tampil dengan 5 jenis warna iaitu  Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terkini dari proton iaitu Elegant Brown. Saga FLX ini mempunyai teknologi canggih iaitu Continuously Variable Transmission (CVT). CVT ini adalah merupakan satu teknologi putaran awal (Torque) pada gear yang akan memberikan kuasa terbaik kepada enjin dan penukuran gear yang lembut serta menjimatkan minyak kereta. Ia juga mesra alam kerana penggunaan minyak yang kurang serba sedikit membantu meningkatkan prestasi Proton Saga FLX.

 

klik gambar untuk besarkan

 

Proton Saga FLX ini juga mempunyai pilihan 6 gear transmission yang dikawal oleh Stepped Automatic Transmission (SAT) yang akan membuatkan anda merasa penukaran 6 gear automatik secara lembut dan cekap. Dari segi pengayaan pula, Proton Saga FLX ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang sporty, elegan dan menarik serta cantik dilihat dari mata pengemar kereta. Ini terbukti apabila rekaan ini disukai ramai oleh penggemar kenderaan nasional yang positif dalam aspek pengayaan kenderaan. Selain itu, ia juga mempunyai cermin sisi yang terbaik kerana ia kelihatan penuh gaya dan menarik serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan iaitu dengan penambahan indicator LED bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya. Di bahagian dalaman kereta pula, Proton Saga FLX ini tersedia “dashboard” yang elegan yang pastinya akan membuatkan anda semua selesa dan tenang di dalam kereta ini. Ia dikemaskini dengan warna “Tempest Grey”.

Dari segi hiburan pula, Proton Saga FLX ini telah dilengkapi dengan MP3, USB dan AUX ports. Anda juga boleh mengawal kesemua peranti ini dengan menekan butang yang tersedia di steering anda kerana Proton Saga FLX ini menawarkan “Steering Audio Control” . Secara praktikalnya kereta ini mempunyai “Electric Power Window” yang akan memudahkan anda membuka dan menutup tingkap yang kini didatangkan berserta jaminan sepanjang hayat jika berlaku sebarang kerosakkan serta pintu kereta yang mampu dibuka dengan luas bagi keselesaan pengguna. Kereta ini mampu membuat pusingan dengan cekap iaitu mampu mencapai radius sepusingan sebanyak 5.3 meter dan ini memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan di  tempat letak kereta atau membuat pusingan u-turn.

Faktor keselamatan merupakan antara faktor terpenting ketika membeli kereta. Bagi Saga FLX, soal keselamatan amatlah di ambil berat oleh PROTON dengan menyediakan teknologi “Immobiliser” bertujuan untuk mengesan pemilik kereta yang sah dan mampu membantu untuk mengelak kecurian kenderaan. “Reverse Sensor” merupakan salah satu teknologi yang digunakan bagi mengelakkan pelanggaran kenderaan ketika memakir. Oleh itu, Proton menyediakan “Reverse Sensor” secara vertical dan horizontal yang mengambil kira setiap sudut bagi memastikan pelanggaran tidak berlaku. Ketika memandu Proton Saga FLX, anda pastinya akan merasa selesa, kecekapan kenderaan,stabil serta mempunyai respon yang terbaik ketika anda memandu di selekoh. Terima kasih kepada Proton Ride &Handling teknologi yang diinspirasikan oleh Lotus, ia meberikan pengalaman pemanduan dan keselesaan yang terbaik pada Saga FLX. Kereta ini juga mempunyai “ABS” (Anti-lock Braking System) iaitu teknologi yang membantu kereta ini stabil ketika membrek dan teknologi “EBD” (Electronic Brake Distribution) iaitu memberikan prestasi optimum pada brek bagi setiap tayar . Kereta ini juga dilindungi oleh struktur rangka yang kuat dan tahan lasak serta mempunyai 2 “Airbag” pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi mengurangkan impak kecederaan ketika berlakunya sesuatu kemalangan.

 

Klik untuk besarkan

 

 

Saya amat menyukai Proton Saga FLX ini kerana ia mempunyai satu ruangan keselesaan seperti tempat duduk kelas pertama dan mempunyai ruang bagasi ” Boot” yang luas dan semestinya membuatkan anda berasa selesa dan tenang ketika pemanduan. Selain itu, ia juga  mempunyai 5 ruang letak minuman bagi setiap penumpang dan ruang letak tambahan bagi memudahkan anda meletakkan barangan seperti telefon bimbit, ipod, smart tag  di bahagian duduk hadapan untuk memudahkan anda dan memberikan keselesaan ketika memandu.

Tempahan untuk model Saga FLX boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) di seluruh negara. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Saga FLX , video, galeri, spesifikasi, warna dan info lebih lanjut di http://www.epicsaga.com.my

 

Harga Proton Saga FLX 1.3L

 

Variant

Peninsular Malaysia

East Malaysia

Labuan

Langkawi

Standard MT

RM 38,598

RM 41,378

RM 38,298

RM 36,448

Standard CVT

RM 41,598

RM 44,378

RM 41,298

RM 39,448

Executive MT

RM 42,398

RM 45,198

RM 41,648

RM 40,098

Executive CVT

RM 44,998

RM 47,798

RM 44, 248

RM 42,698

Prices are based on Metallic colour

 

 

Klik gambar untuk besarkan

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Terbaik : Proton Saga FLX Dikuasakan Dengan Transmisi CVT

  1. paklahsyok says:

    apa perbezaan antara FLX standard dan FLX executive?

  2. Mohd Zaid says:

    @paklahsyok boleh tengok kat website rasmi Saga FLX yang dinyatakan dalam entry tu.. tq

  3. faizaltauhid says:

    gud info…dah lama saya cari penerangan yg betul boleh buat say faham…gud job bro

  4. Mohd Zaid says:

    faizaltauhid > thanks ye sudi membaca 🙂

  5. malaya boyz says:

    thanks you for imformation..bru otw nk angkt saga flx sebiji..blue rock coming soon..

  6. anis says:

    thanks for information…Genetic Silver cntik ke..nk white tp xde stok…

  7. wahir says:

    Kalau tukar minyak transmisi automatik minyak jenis apa yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *