IPAD2 PERCUMA DARI EXABYTES MALAYSIA

Alhamdulillah akhirnya setelah penantian bertahun-tahun tak sia-sia dapat gak aku merasa pegang dan memiliki ipad2 aku sendiri. Ini semua setelah aku berjaya memenangi tempat pertama peraduan yang telah dianjurkan oleh Exabytes Malaysia beberapa bulan lalu. Rezeki manusia tidak siapa yang tahu jadi inilah rezeki yang aku dapat. Terima kasihlah kepada korang yang sudi dan sentiasa support aku dan juga pihak Exabytes yang bermurah hati memilih aku sebagai pemenang bertuah. Memang berbaloi selain dapat ipad, blog ini juga dapat keselesaan dan rumah (Hosting) yang sesuai kerana Exabytes menjamin keselamatan dan kelancaran sesebuah website dan blog yang melanggan kepadanya. Exabytes satu-satunya hosting yang aku percayai setelah berpuluh-puluh hosting Malaysia yang telah aku cuba. Jadi memang cadangan dan saranan akulah kepada korang yang masih tercari-cari hosting yang sesuai untuk blog korang tuh.

Semuanya kerana entry ini Exabytes Malaysia Hosting Terbaik Di Malaysia Dan Dunia! . Tak sangka pulak boleh menang Ipad2 kan sebab ramai lagi peserta yang bagus-bagus belaka. Untuk pengetahuan Ipad2 aku ni baru je sampai semalam itupun Exabytes order secara online melalui laman Apple sebab kata mereka ipad2 di Penang sudah out of stock. Memang betul pun barang laku mestilah terhangat dipasaran. Apa-apa pun ipad2 aku ni selamat sampai ke tangan aku tanpa cacat celanya. Terima kasih juga kat abang-abang DHL yang sanggup hantar ipad2 ni tengah-tengah malam. Fuhhh baru je sampai Malaysia barang aku tuh terus mereka hantar sampai rumah. Memang patut dipuji service DHL Malaysia nih. Ipad2 16G WiFi ni datangnya dari Shenzhen China dan telah di Engraving dengan comelnya. Waahhhh bestnyaaaa…. tak tau nak cakap apa lagi sebab aku dah dapat apa yang aku idam-idamkan selama ni.

 

Ipad2 dipek dalam kotang khas untuk memastikan produknya tidak rosak apabila sampai ke destinasi. Jadi korang jangan risaulah kalau beli online sebab terjamin selamat. Tarikh pengeposan pada kotak tu pada 3-Ogos-2011 dan sampai ke tangan aku pada 5-Ogos-2011 maknanya penghantaran pesanan melalui online hanya mengambil masa 2 hari je untuk sampai ke Malaysia.

 

Ingat nak buat video unboxing ipad2 aku ni.. tapi disebabkan aku ni gelojoh sangat jadi tak sempat nak rakam video aku dah bukak kotangnya hahaha.. apa-apa pun inilah khazanah yang berada didalam kotak tersebut.

 

Taddddaaaa.. mana lagi comel?.. aku atau kotak ipad2 aku tuh?.. hahaha

 

Pertama kali mengakses blog sendiri melalui ipad2 .. memang gempak siudd.. tak ada alasan lagi aku malas nak update blog lepas ni.

 

laman web Exabytes.com.my yang diakses melalui ipad2.. terima kasih Exabytes 🙂

 

Apa yang menariknya pesanan melalui online boleh letak tulisan (Engraving) secara percuma. Memang comel tulisan ni dan inilah tulisan yang pihak Exabytes tulis untuk aku.. hehe thanks alot Exabytes 🙂

.

.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.