Ramadhan Buffet Di Holiday Villa Hotel & Suites Subang

Pastinya pada musim Ramadan ini mesti ramai yang tercari-cari kat mana tempat nak berbuka puasa dan bersahur yang sesuai dengan citarasa korang semua. Tak payang nak pening-pening kepala nak cari tempat yang sesuai sebab aku cadangkan kat korang pergi Holiday Villa Hotel & Suites Subang sebab kat sini terdapat banyak pilihan berbuka puasa dari citarasa tempatan hinggalah ke citarasa antarabangsa. Alhamdulillah kenyangnya makan berbuka puasa tadi kat Holiday Villa Hotel & Suites Subang. Kat sini buffetnya memang sedap dan harganya pun berpatutan. Terima kasih kepada Thristhan dan Holiday Villa kerana sudi menjemput saya dan mak (Zara Aluwi) merasai keenakkan dan kelazatan makanan disini.

Disini terdapat pelbagai hidangan yang boleh dirasai dan enak-enak belaka antaranya Daging Tetel Masak Lemak Ubi Kentang, Udang Kuku Kerabu Mangga, Sotong Sambal Tumis Jering, Kambing Bami, Ikan Sembilang Salai Cili Padi, Nasi Rampai Daun Pudina, Gulai Ayam Cekur, Tomato Daniya Shoba, Siput Sedut Batang Keladi, Tumis Batang Teratai Daging Picisan, Stir Fried Broccoli dengan Oyster Sauce, Butter Crap dengan Crispy Kailan dan banyak lagi. Memang berbaloi gua cakap lu.. rugi lah kalau tak datang berbuka puasa kat sini.

Makanan kat sini memang tip top lah rasanya pun asli melalui masakan chef yang terlatih. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak berbuka puasa kat sini bolehlah datang dan buat tempahan awal ya.. Harga buffet Ramadan ini dari RM77++ (dewasa) dan RM57++ (Kanak-Kanak) jadi jangan ketinggalan dan datang sini sekarang. Promosi 50% untuk 5 hari pertama awal Ramadan dan 3 hari akhir Ramadan.

 

 

Masakan kampung rendang ayam dan daging pun ada.. nyamm nyammm bestnya..

Laksa, tomyam, segala jenis makanan ada kat sini.. pilih je dan makanlah sampai kenyang..

 

Pelbagai jenis masakan nasi ada..

 

Kuih muih tempatan.. yang paling aku suka kuih koci nya.. yammieee.. best..

 

Kebab pun ada..

Mak aku memang suka dapat makan kat sini.. sebab makanannya sedap sangat..

 

Hidanyan kek.. pencuci mulut pun ada..

 

Aneka juadah.. tengok tangan mak aku tu.. Goooodddd…

 

Ulam-ulaman bagi mereka yang menjaga kesihatan.. 🙂

Tiram segar dari ladang..

 

Popiah basah yang fresh..

 

Rencah laksa

 

Antara blogger yang hadir malam semalam.. thanks ye sebab jemput kami makan kat sini 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.