Majlis Perasmian Pusat Jalur Lebar Komuniti Sematan – DiGi Terbaik

 

Tahniah kepada DiGi Telecomnication Sdn Bhd (DiGi) kerana berjaya merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) yang ke 14 di Sematan Sarawak baru-baru ini. Ini membuktikan pihak DiGi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Maltimedia Malaysia (SKMM) bersatu untuk merapatkan jurang digital terhadap penduduk luar bandar. Tak sangka pula aku walaupun dalam arus kemajuan, pihak DiGi tidak melupakan kepada warga Malaysia di kawasan pendalaman seperti di Sematan ini. Sematan adalah CBC kedua di Sarawak selepas projek pertamanya di Lundu yang telah dilancarkan tahun lepas.

 

Gamabr : Adik-adik SMK Sematan mencuba permainan PS3

 

Majlis ini di rasmikan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam. Terima kasih ye YB sebab sudi hadir pada majlis ini, dan ini kali pertama aku dapat bertentang mata dan menerangkan sedikit tentang blogging pada YB hari tu. Untuk pengetahuan semua semasa pelancaran CBC Sematan ni, aku diberi peluang oleh pihak DiGi untuk memberikan workshop kepada adik-adik dan guru-guru kat sini belajar tentang blog dan bagaimana cara  nak membina blog. Wow memang pengalaman yang cukup berharga diberikan dan ini satu penghormatan kepada seorang blogger untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik ni. Sambutan cukup meriah dan adik-adik ni cukup teruja nak belajar buat blog. Semoga adik-adik Sematan dapat serba sedikit ilmu yang abang zaid ajar tu ya.. dan jadikan blogging itu satu hobi dan promosilah Sematan dimata dunia melalui blog.

Gambar : Adik-adik Sekolah Rendah Sematan melihat lab dan pusat jalur lebar komuniti CBC ini dengan lebih dekat lagi.

Adik-adik dari sekolah berdekatan Sematan datang memeriahkan majlis, selain menyertai pelbagai aktiviti disini mereka juga didedahkan dengan pelbagai informasi tentang keselamatan internet dari pihak CyberSecurity Malaysia. Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) ini menyediakan perkhidmatan seperti Melayari Internet, Mencetak, photocopy, latihan ICT dan banyak lagi. Yuran keahlian hanyalah RM5 untuk seumur hidup dan bayaran untuk setiap perkhidmatan amatlah murah sekali. Info berkenaan perkhidmatan CBC sematan boleh dilihat disini : http://www.branch14.digicbc.com/index.php?id=3.

Gambar : Adik-adik mencuba dan belajar tentang blog bersama Abang Zaid (Mohdzaid.com)

Gambar : Peraduan mewarna untuk adik-adik sekolah rendah.

apa-apa pun program seperti ini memang patut dititikberatkan bagi memartabatkan ilmu penduduk desa tentang jalur lebar dan sekaligus menjadikan penduduk desa setempat celik IT.Semoga pihak DiGi dan SKMM dapat bukak banyak lagi CBC dikawasan desa dimasa akan datang ya.. dan terima kasih sekali lagi sebab sudi jemput zaid untuk buat workshop dengan adik-adik kat sini. Satu pengalaman cukup indah yang tak dapat saya lupakan..

 

info lanjut tentang 1 Malaysia CBC Sematan boleh baca kat link bawah ni 🙂
MCMC & DiGi adds value at newly launched 1Malaysia CBC in Sematan

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Majlis Perasmian Pusat Jalur Lebar Komuniti Sematan – DiGi Terbaik

  1. Alice says:

    Bestnyer.. Sabah xde ke??? Buat lah kat sabah pula…

  2. fiD says:

    rindu oh kamek ngan s’wak. semantan dulu selalu pergi sana. hehe. tahniah penduduk sarawak

    jemput ke Syarat Pasangan Hot

  3. Mohd Zaid says:

    fid dulu tinggal sematan ke?

  4. Mohd Zaid says:

    sabah mungkin dalam perancangan DiGi kot alice..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *