SHARE

 

Memang seronok bila berada di Sematan Sarawak sebab dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan baru disini. Hari ini saya mencuba makanan yang amat jarang saya makan iaitu Laksa Sarawak dan Teh C Peng Special. Rasa Laksa Sarawak memang sedap dan hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Jika ada di semenanjung pun rasanya tidak sama macam disini. Terima kasih kepada DiGi dan mereka yang terlibat sebab invite saya datang ke Sematan. Saya tidak akan lupakan pengalaman menarik disini sampai bila-bila..

 

 Laksa Sarawak lebih enak dimakan dengan sambal belacan dan limau nipis. Siapa yang datang ke Sarawak jangan lupa mencubanya ya. Memang sedap dan berbaloi tau.. :)