Pengalaman Bertemu Pemain Chelsea Di Chelsea FC Asia Tour 2011 Training Session

 

Terlebih dulu nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang Malaysia dan Samsung kerana sudi jemput aku menyaksikan training session Chelsea FC Asia Tour 2011di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Satu pengalaman yang cukup aku rasakan istimewa kerana dapat bersalam dan minta tanda tangan semua pemain Chelsea yang datang malam tadi. Aku bersama 2 blogger lain iaitu bro Eyriqazz , Vincent’s Philosophy dan MimiPie diberi peluang menyaksikan sesi latihan dan diberikan layanan VVIP pada malam tadi. Bukan setakat duduk ditempat vip tapi kami dibenarkan masuk tempat pemain Chelsea keluar padang dan berkesempatan untuk beramah mesra dengan mereka. Wow memang meriahkan? bukan semua orang dapat peluang macam ni, meskipun korang peminat setia Chelsea pun tak akan dapat jumpa diorang face to face kalau tanpa Nuffnang dan Samsung.

Chelsea dalam lawatan musim panasnya “Here To Play Here To Stay” ke Malaysia menyaksikan pertembungan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat-peminat bola sepak tanahair dan penyokong kelab pasukan Chelsea. Tujuan mereka datang ke Malaysia adalah untuk persiapan bola sepak dan juga ada kepentingan perniagaan di Asia seperti Samsung yang menjadi penaja rasmi Chelsea dan juga menjalin hubungan persahabatan antara Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) serta pelbagai projek akar umbi yang melambangkan legasi bolasepak mereka di rantau ini.

Peminat Chelsea pastinya tidak akan lepaskan peluang keemasan ini dimana pasukan kegemaran mereka akan beraksi menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 21-Julai-2011 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Aku antara salah seorang peminat Chelsea tapi tak lah begitu fanatik sebab aku lebih gemar pasukan Malaysia hehe apa-apa pun jom tengok gambar yang sempat aku rakam semasa sesi latihan semalam..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.