Saya Menang Samsung Galaxy Tab Di #DiGiWWWOW Awards

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya merangkul Anugerah #DiGiWWWOW tempoh hari. Ternyata blogger juga wajar diberikan anugerah atas usaha keras mereka dalam dunia blogger ni. Kepada yang kalah tidak bermakna anda tidak bagus, mungkin kali ini bukan rezeki anda mana tahu tahun depan anda pula yang dinobatkan sebagai juara. Blog Mohdzaid.com pun tidak berjaya merangkul mana-mana anugerah lagi, dan aku tahu blog ini masih belum mencapai tahap yang perlu dibanggakan. Apa-apa pun sekalung tahniah sekali lagi kepada para pemenang.

Pada malam anugerah #DiGiWWWOW aku diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang “Fave Malaysian Female Online Celebrity” dari pihak DiGi dan Nuffnang. Memang tak sangka dapat berdiri depan pentas berprestij macam tu, siapalah aku ni kan.. apa-apa pun aku berterima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kepercayaan kepada aku untuk sampaikan anugerah pada malam itu.

Satu berita baik buat diri ini adalah aku menang sebiji Samsung Galaxy Tab dari DiGi bersama 2 orang pemenang lain. Kepada yang datang malam anugerah tu mesti tahu kan yang DiGi mengadakan satu pertandingan iaitu merakam QR Code yang diorang tampal merata kat dinding KLPAC tu.. peserta boleh download aplikasi QR Code dan seterusnya merakam gambar-gambar yang dikehendaki. Setiap peserta no 1, 3 dan 26 tak silap aku akan menerima sebiji Samsung Galaxy Tab untuk dibawa pulang. Aku pun sekadar suka-suka je join sebab aku tengok ramai gak orang yang kehulu-kehilir tangkap gambar tu.. Alhamdulillah dah nama pun rezeki aku terima dengan syukur kepada Allah. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang buat pertandingan ni atleast pelawat pun boleh menang hadiah juga.

Masa pengacara Baki Zainal umumkan pemenang Samsung Galaxy Tab aku tak dapat pergi depan pentas sebab tengah ready untuk tunggu que masuk depan pentas sebab nak sampaikan anugerah.. bila 3-4 kali pengacara panggil “Pemenangnya Mohd Zaidi” aku jadi blur jap kenapa tak ada orang keluar.. baru aku teringat sebab masa kat depan kaunter tu petugas kat situ salah tulis nama aku Mohd Zaidi bukan Mohd Zaid.. haha.. so aku tanyalah diorang nombor telefon aku sama tak dengan nombor yang tertulis kat form contest tu.. rupa-rupanya betullah nama aku yang diorang panggil dan nombor telefon itu juga adalah nombor telefon aku..

 

Inilah dia Samsung Galaxy Tab yang dimenangi.. (gambar ini diambil menggunakan webcam dari laptop)

huh sampai ari ni tak buka lagi plastik tau.. sayang.. nak tunggu masa nak beli screen protector dulu baru leh pakai hehe..

Blog Mohdzaid.com yang dilayari menggunakan Samsung Galaxy Tab dan talian internet DiGi. Memang murah kalau pakai line DiGi nih..

Aku juga menerima Prepaid DiGi Internet Modem sebagai tanda terima kasih sebab jadi presenter pada malam tersebut.. huh gabra tak ingat aku bila berdiri depan penonton..

Que Card untuk aku baca pada malam #DIGIWWWOW awards ari tu .. nak simpan sebagai kenang-kenangan…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Saya Menang Samsung Galaxy Tab Di #DiGiWWWOW Awards

  1. Tahniah Yed! Best tu dapat Galaxy Tab! =D

  2. sniffa93 says:

    waaaah. tahniah2:)

  3. Pingback: Aku Zaid » Saya Menang IPAD2 Dari Exabytes Malaysia

  4. syu90 says:

    wah..thniah…

  5. normaliza says:

    Hai… tahniah,,,,,
    Tgk entry n klik2… sama2 jana tabung…
    Singgah seketika di laman saya dan klik2…
    Go go nuffang……
    Gambateh….

  6. Shahputra says:

    wahhhh..congrats bro..rs tringin nk dapat camtu gak..huhuuu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *