Akan Datang : Drama Wasiat di Astro Prima

Kepada peminat-peminat drama melayu semua jangan lupa saksikan WASIAT di Astro Prima (saluran 105) setiap Rabu jam 10 malam bermula 27 Julai 2011 ini. Sebuah drama yang kekeluargaan dan penuh dengan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar untuk kita semua. Wahh sekarang ni aku dah mula layan cerita melayu kat TV hehe.. so apa lagi kunci jam dan tanda kalendar korang pada tarikh tersebut ye kita sama-sama tengok cerita Wasiat ni. ­čÖé

 

Sinopsis WASIAT :-

Farid Kamil sebagai Shaqir bin Agus Raizal

Kisah ini bermula apabila seorang hartawan Agus Raizal meninggal dunia akibat serangan jantung, selepas, apa yang disangka khalayak ramai, perkahwinan kedua beliau. Shark fikir Agus akan meninggalkan semua harta Agus kepadanya, kerana dia satu-satu anak Agus. Marina merasakan apabila dia berkahwin dengan lelaki tua itu, dia akan memiliki semua kekayaaan yang dicari-carinya selama ini

Tidak terlintas di fikiran mereka yang Agus mempunyai perancangan yang hebat untuk mereka. Walaupun dia telah meninggal dunia, dia masih mampu memperdayakan mereka. Dalam wasiatnya, mereka perlu tinggal sebumbung dan bekerjasma bagi  memajukan salah satu daripada perniagaannya sebelum segala hartanya dibahagikan.

Yasmin Hani sebagai Marina Malik

Perkara ini menyusahkan Shark dan Marina yang menginginkan harta tersebut untuk diri mereka sendiri. Sementara mereka bertungkus-lumus menjatuhkan sesame sendiri, Sofiyan anak Cik Ros dibiarkan bersendirian meratapi kematian Agus. Sofiyan mempunyai karisma anak lelaki yang Agus impikan. Agus sentiasa melayan Sofiyan seperti anaknya sendiri, dimana Shark merasa jauh hati atas tindakan bapanya. Shark inginkan kasih sayang daripada Agus tetapi dia tidak faham kenapa dia diketepikan.

Sara Ali sebagai Johanna Hassan

Beto Khusyairy sebagai Sofiyan Abdullah

 

Kebencian Shark terhadap Sofiyan menjadi lebih teruk apabila teman wanita Shark, Hanna mula mencintai Sofiyan. Sofiyan dan Shark akan bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan Hanna dan harta. Bagi Shark, ia tentang kuasa dan wang manakala bagi Sofiyan, ianya kerana kasih sayang dan tanah yang mereka duduki sebagai satu keluarga. Sayangnya, perkara sebenar tentang diri mereka tidak mereka ketahui.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Akan Datang : Drama Wasiat di Astro Prima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *