Pelancaran Album Dan Showcase Ning Baizura DEWA di Zouk KL

Pertama sekali sebelum nak cerita lanjut aku nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada kak @NingDalton sebab sudi jemput Mohdzaid.com ke Majlis Pelancaran Album Ning Baizura – Dewa dan Showcase di Zouk Kuala Lumpur petang tadi. Satu penghargaan rasanya bila kak ning sendiri yang invite aku ke majlis yang meriah dan happeNing ni bersama-sama rakan media, blogger dan peminat-peminat kak ning yang lain. Ini kali kedua aku jumpa kak ning face to face dan kali pertama di pejabat Nuffnang semasa sesi Meet & Greet Session Bersama Ning Baizura. Tahniah kak ning atas kejayaan sebagai seorang artis sehingga hari ni dan saya memang support kak ning dari dulu sampailah sekarang. Kak ning lah Dewa (cahaya) saya sebagai seorang artis yang paling saya minat dan hormati. Teruskan usaha kak ning dan tak sabar nak tunggu konsert kak ning di KL Live pada Disember 2011 nanti kan..

Dalam album DEWA ni terdapat 8 buah lagu yang dimuatkan iaitu Raksasa, Sampai, Mama Papa, Bila, Pencarian, Propaganda, Alhamdulillah, Aku Bukan Dewa yang berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance. Β Secara peribadi aku memang amat meminati album terbaharu DEWA ni dan yang paling-paling-paling-paling aku suka adalah lagu BILA, PROPADANDA, PENCARIAN, ALHAMDULILLAH dan RAKSASA tapi semua lagu Ning Baizura best dan punyai makna tersendiri menjadikan Ning Baizura seorang penyanyi dan diva bertaraf antarabangsa. Ini adalah album ke 12 yang diterbitkan oleh Ning Baizura sendiri bersama komposer terkenal Audi Mok menerusi gabungan syarikat mereka iaitu Happenings dan Satu Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Abang-abang muscle antara gimik untuk lagu pertama Raksasa yang dinyanyikan Ning Baizura semasa pembukaan majlis pelancaran ini. Ternyata kak ning punyai karisma tersendiri semasa menyampaikan lagu berkenaan. Huhu masa ni aku duduk kat tingkat atas Zouk ni bila tengok kak ning dah keluar terus aku turun bawah haha supaya aku boleh lebih dekat dengan kak ning lagi.. Huh tergamam jap tengok muscle-muscle ni.. macam manalah diorang bina badan berketul-ketul macam tu kan.. kak ning bila nak jadi muscle women pulak hehehe..

Ning Baizura dikelilingi oleh abang-abang muscle

Ramai juga peminat, blogger dan media kak ning yang datang bagi sokongan dan untuk pengetahuan majlis ini disokong oleh stesen radio terkenal Era.FM bertindak sebagai radio rasmi. Menurut kak ning rancangan awal nak buat flash mob dari Pavilion dan tema look like Ning Baizura tapi disebabkan masalah tertentu terpaksa dibatalkan dan terus buat majlis pelancaran di Zouk KL.

Manisnya senyuman kak ning.. itulah Ning Baizura yang saya kenal beliau sangat murah dengan senyuman dan baik hati. Kalau korang nak tahu kak ning ni boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia, inggeris, Jepun, Itali, Perancis, Mandarin dan Kantonis. Kak ning berdarah kacukan arab, melayu, belanda, cina, india dan jawa dan dilahirkan di Kajang.. opsss.. kak ning kalau nak tahu zaid dulu sekolah kat Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang.. hehehe rasanya kak ning mesti tahu sekolah tu kan.. πŸ™‚ actually zaid orang Kajang πŸ˜›

Sampai bila harus ku sabar, sampai bila harus ku dengar, perbalahan dua jiwa, pergelutan hati, perasaan….

Kak ning ketika mendendangkan lagu BILA untuk peminatnya..

Terima kasih kak ning yang mention nama saya tadi masa majlis pelancaran.. saya sangat teruja dan terharu kak ning masih ingat nama saya πŸ™‚ keep in touch ya kak ning.. i will support u selama-lamanya..

Pakaian kak ning ni ditaja oleh.. alamak lupa pula nama pereka tuh.. kak ning kalau baca tolong komen ye siapa nama pereka baju tu.. Pakaian yang sangat cantik dan amat sesuai dengan kak ning.. Bravo kak ning..

kak ning.. kak ning.. pandang camera nihhh.. hehehe snappp snappp..

Kak ning sempat buat lawak dengan abang Omar (suami)… kak ning tanya abang omar bila nak bina badan jadi macam ni hahaha.. kelakar la kak ning ni… abang muscle tu pulak dah malu-malu dah..

Kepada fans kak ning semua diharap dapat beri sokongan kat kak ning dengan membeli album terbarunya DEWA ni yang telahpun berada dipasaran. Ingat beli yang ori je tau.. aku pasti lagu-lagu dalam album ni tak akan kecewakan korang dan jaminan 100% BEST dari Mohdzaid.com

Turut hadir bersama semasa pelancaran album ini iaitu Manager kak ning tak lain tak bukan abang Omar Sharif, Ibu dan keluarga.. Thanks to u Abang Omar yang tegur saya masa nak balik tadi..

… dari kiri Isaac Tan, Mohd Zaid, Kak Ning dan Alice yang juga peminat setia kak ning baizura..

Suka sangat gambar ni.. thanks ye kak ning sebab invite kami..

Akhir sekali masa nak balik sempat bergambar dengan 2 penyampai radio Era.FM yang sempoi dan sporting tak hengat dunia ni tak lain tak bukan abang Rizal dan Ray cayalah korang..

Akhir kata.. ini ada sesuatu untuk peminat kak ning.. sila klik play yoo..


About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Pelancaran Album Dan Showcase Ning Baizura DEWA di Zouk KL

  1. lAl says:

    best!! πŸ˜€

  2. Alice says:

    Sy mmg suka sgt dpt tengok kak ning buat persembahan live… Actually sy paling suka lagu kak ning yg terakhir td…. I love kak ning πŸ™‚

  3. DeQdEq says:

    zaid…jelesnya dgn korang…..sedih x dpt join sama…nmpk sgt2 meriah…

  4. Mohd Zaid says:

    Kalau ada lagi jemput ya lal

  5. Mohd Zaid says:

    Nanti kita pegi lagi ye alice

  6. Mohd Zaid says:

    Nanti kalau ada mesti kak ning invite lagi

  7. Mohd Zaid says:

    Nanti kalau ada event mesti kak ning akan jenput kita lagi kan

  8. deqlis says:

    wow! cayalah NIng…

    salam kenai..klu sudi tolong vote saya..

    mintak tolong vote pix saya

    1. Klik LIKE this page..

    http://www.facebook.com/MyWrangler?ref=ts

    2. Then gi
    http://apps.facebook.com/mywranglerway/

    kat “search photo” type “Ellismelia Mohamad” then kuar gambo saya pakai baju biru…then LIKE yer..

    klu leh guna gak ID mak/ayah/adik beradik/kawan dan tlg vote byk2x..thanks u..

    atau sertai GA saya di SINI.. Timaceh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *