New Zealand – Skyline Queenstown

Hollaaaa…!! lama pulak tak update pasal New Zealand kan.. lama tak lama lah kalau hari-hari aku cerita pasal NZ korang muak pulak kan haha.. tapi nak cerita gak sebab ni salah satu dari intipati yang aku nak letak kat blog aku ni.. Okey korang dah baca blog aku tentang NZ kan dan beberapa cerita pasal Queenstown, kali ni aku nak cerita pasal kunjungan aku ke Skyline Queenstown pulak.. Memang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata dan penulisan aku tentang Queenstown, apa yang aku boleh cakap aku bersyukur sebab dapat hirup udara segar dan menikmati pemandangan indah yang diciptakan Allah untuk umatNya ni. Skyline Queenstown terletak di Brecon St dan nun diatas guning tinggi. Kalau berada di pekan Queenstown korang boleh nampak Skyline ni dari jauh. Memandangkan masa aku datang ni baru nak masuk musim winter jadi suhu kat sini amatlah sejuk ya amat dan terpaksa pakai baju sejuk dan glove, kalau tak menggigil la tubuh badan ni kan.. Opss lupa pulak nak cakap terima kasih kepada Airasia X dan Tourism NZ sebab sponsor percutian kami ke sini. Huh pergi bawak badan je duit poket pun tak usik banyak sebab semua diorang belanja termasuklah ke Skyline ni.

 

Kadar bayaran masuk kesini tak la begitu mahal macam nak main Bungy dan Canyon Swing kira boleh la untuk aku yang tak berduit ni datang.. untuk menaiki Gondola (Cable Car) sahaja bayarannya adalah $25 NZD (RM62.50) untuk perjanan naik dan turun. Bagi yang nak menonton Kiwi Haka pula bayaran $55 NZD (RM137.50) termasuk menaiki Gondola. Bagi yang nak main Luge pula harganya $43 NZD (RM107.50) termasuk menaiki Gondola dan 3 kali Luge Ride serta menaiki Chair Lift.

Ini adalah tiket masuk untuk menaiki Luge Ride.. kita orang dapat tunggang menatang ni 3 kali, yang bestnya luge ni tidak pakai minyak atau enjin tapi benda ni kena gunakan tenaga dan daya graviti untuk berfungsi.. lihat tiket tu cuma $o.00 NZD (RM0) sebab apa hehe sebab kami di sponsor oleh mereka.. 🙂

Untuk menaiki keatas gunung Skyline ni perlulah menaiki Gondola. Lihat lah pemandangan bandar Queenstown semasa menaiki Gondola ni.. memang cantik.. Gondola ni sama je macam kat Langkawi tu.. agak gayat juga sebab tinggi bebenor..

Selain aktiviti menaiki Gondola, Luge, Kiwi Haka.. kat sini pun ada Bungy Jumping.. boleh la try siapa yang berani tu..

Chair Lift ni kalau nak main Luge mesti naik menatang ni.. bestkan.. satu lagi kalau musim salji korang boleh masin ski gak kat sini..

Luge Ride.. sorang boleh main 3 kali.. memang best dan mencabar luge ride ni..

Pemandangan bandar Queenstown dari atas gunung Skyline..

Pemandangan bandar Queenstown dari atas gunung Skyline..

Replika Gondola untuk siapa yang nak bergambar.. huhu.. sempat gak la aku rakam video kenang-kenangngan kat atas ni.. jom tengok mai..


http://www.youtube.com/watch?v=__d3jOEsqE0

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to New Zealand – Skyline Queenstown

  1. Thristhan says:

    Wow bro, the view from the top of the cable car is scary wei, rasa macam akan jatuh je 🙂

  2. Mohd Zaid says:

    bila dah naik atas ok je bro.. tapi tempat tu memang cantik kalau tengok live..

  3. lAl says:

    Seyes jeles! 😀

  4. Mohd Zaid says:

    Haha aku nak sambung belaja kat nz leh tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *