Lagi Video Pekerja KFC Yang Biadab & Respond Pihak KFC

 
Kalau sebelum ni satu video yang tersebar luas oleh pekerja KFC yang melakukan perbuatan biadab terhadap ayam KFC kini satu lagi video yang melampau tersebar di Facebook. Aku sebenarnya tak faham lah apa motif budak tu buat kerja gila dan menjijikkan tu yek, dia tak rasa ke tu satu perbuatan yang memalukan dan menganiaya orang. Kepada yang masih belum tengok video versi 1 ni boleh tengok kat bawah dan tengok pula video versi 2 tu,.. memang betul-betul melampau mereka ni.. Aku tak salahkan pihak KFC tapi aku nak salahkan pekerja tu yang tak bertamadun langsung..

 

 


http://www.youtube.com/watch?v=zJdunZ6S1tc



 

Hari ini di laman Facebook KFC telah mengeluarkan video maklum balas dari pihak En. Mohammad Alwi, Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia. Perkara ni dah lama dah dan pihak KFC telah membuat siasatan dalaman tentang video dan dan mereka telah memasang CCTV litar tertutup pada semua bahagian dapur restoran KFC di Malaysia sejak tahun lalu, pihak KFC juga telahpun mengubah stuktur organisasi bahagian dapur dimana seorang penyelia ditugaskan sepenuh masa memastikan setiap hidangan menepati kualiti dan standard KFC. Diharap dengan tindakkan ni dapat membantu pihak KFC supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memastikan kualiti dan kebersihan terjamin untuk para pelanggan dimasa akan datang.

 
 




 
 

PS : Dalam video maklum balas En. Mohammad Alwi, Pengarah Operasi Restoran KFC Malaysia (minit 1:06) mengatakan beliau dapat 1 salinan video dan telah membuat laporan polis.. bagaimana pula tentang video kedua yang aku jumpa kat Youtube tuh?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Lagi Video Pekerja KFC Yang Biadab & Respond Pihak KFC

  1. Isaac Tan says:

    Aduh, Teruknye pekerja kfc Ni. Sekarang I x rasa ayam kfc best sgt, x seperti dulu dulu. Mc Donald’s spicy fried chicken FTW

  2. Myvitrd says:

    kembang tekak aku tengok budak2 tu perah minyak dalam kuali.. huhu

  3. Mohd Zaid says:

    ayam KFC kat times square KL sekarang kecil2 je.. tak puas i makan ehehe

  4. Mohd Zaid says:

    memang pun bro.. loya tekak kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *