DiGi Bawakan Sony Ericsson W8 Walkman Smartphone

 

Menarik kalau bercerita pasal smartphone terbaru Sony Ericsson W8 ni sebab ianya mempunyai pelbagai fungsi dan rekaan yang menarik dan stylo bagi aku. Kini sesiapa saja dapat mengekspresikan diri masing-masing dengan pelbagai cara sekalipun asalkan semuanya mudah dan berbaloi. Sebut pasal Sony Ericsson W8 Walkman Smartphone kini DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dengan bangganya membawakan sesuatu yang berbaloi dan menarik untuk pelanggan semua.

Bagi aku ini adalah tawaran termurah daripada pihak DiGi untuk rangkaian smartphone Android terbaru Sony Ericsson W8 ni dan ianya didatangkan dengan aplikasi DiGiMusic Play untuk anda. Harga yang ditawarkan DiGi adalah RM799 (RRP) termasuk Sony Ericsson W8 + DiGi® Easy Prepaid + reload percuma RM50  + FREE DiGiMusic™ Play, Memang berbaloikan tawaran ni? selain dari itu ianya juga boleh didapati dalam pakej DG Smart Plan kontrak pembelian smartphone selama 12 bulan iaitu RM399 (Jimat RM400) dan kontrak 24 bulan sebanyak RM99 (Jimat RM700). Satu penjimatan yang sangat berbaloi untuk penggemar setia Sony Ericsson Walkman dan Android.

Bukan itu saja sekiranya anda beli sekarang dari 5 Julai – 5 September 2011, DiGi menawarkan secara ekslusive pelanggannya untuk mendapatkan Sony Ericsson W8 bewarna Metalic Red dan juga didatangkan bersama Unlimited Internet dengan tanpa minimum call usage, percuma 12 bulan langganan DiGiMusic Play, percuma 5 MP3 ringtones, percuma 2 CallerTunes vouchers, percuma wallpaper,  percuma metallic red Sony Ericsson portable stereo speakers dan percuma Opera Mini untuk kelajuan melayari internet. Sah untuk DG Smart Plan 68 dan DG Smart Plan 88.

 

Spesifikasi Sony Ericsson W8 Walkman Smartphone

  • Network : GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 UMTS/HSPA 900/2100 UMTS/HSPA 850/1900/2100
  • Dimensions : 99.0 x 54.0 x 15.0 mm 104g
  • Display : 320 x 480 pixels (HVGA), 16,777,216 colour TFT
  • Memory : Phone memory up to 128MB*, MicroSD™ support (up to 16 GB)
  • Data : Bluetooth 2.1 , MicroUSB 2.0
  • Camera : 3.2MP
  • Others : Android™ 2.1 (Éclair), Walkman™ player, Wisepilot™, virtual QWERTY keyboard, Timescape™
  • Message : SMS (threaded view), MMS, Email, Push email, IM (GoogleTalk)

 

Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan Sony Ericsson W8 Walkman Smartphone pertama didunia ini bersama DiGi dan rasai kehebatannya. Kalau berminat boleh datang ke cawangan DiGi yang terdekat atau datang ke road show mereka di Sunway Pyramid, Queensbay Mall, Penang dan EC Mall Kuantan  jam 10am – 10pm pada 08 – 10 Julai 2011.

 

 

Mr. Kakit Tan – Product Manager DiGi Music menerangkan tentang  Sony Ericsson W8 dan DiGi Music semasa sidang medianya di Mist Club Bangsar semalam. Terima kasih kepada @NuffnangMY dan @DiGi_Telco sebab sudi jemput aku ke majlis ni.. memang best dapat jumpa anda semua dan makanan pun sedap :) nanti kalau ada event jemput lagi ye..

Wakaka Crew dan ermmm aku lupa pula nama yang main violin dan beatbox tu..

Kugiran Tepi Pantai juga membuat persembahan.. lu orang memang roccckkkssss…

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan.. pemenang dapat bawa pulang dan review  Sony Ericsson W8 di blog mereka.. wahhh bestnyaaa…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com