New Zealand – Bersantai di Queenstown

 

Di Queenstown banyak tempat menarik yang kami lawati antaranya Kawarau Bridge Bungy, Shotover Canyon Swing, Kiwi Haka, Shotover Jet Boat dan macam-macam lagi.. Kalau berkunjung ke New Zealand jangan lupa singgah di Queenstown kerana disinilah terdapatnya perlbagai permainan extreme yang boleh anda cuba cuma sebelum kesini sediakanlah duit secukupnya supaya tak putih mata pulak.

Tempat penginapan yang aku cadangkan kat korang kalau kesini tinggallah di Novotel Hotels kerana hotel ni memang berdekatan dengan pekan dan tasik Waka Tipu. Kalau nak beli cendera hati atau nak cari makanan halal pun banyak kat sini, harganya pun murah dan berpatutan. Kebanyakan pekerja disini berasal dari Korea dan Hong Kong kerana bagi mereka Queenstown adalah tempat yang cantik dan harmoni serta rakyatnya pun budi pekerti. Adik aku pernah interview seorang pekerja di kedai jual cendera hati dan dia berasal dari Hong Kong, pada awalnya dia datang NZ sebab nak melancong tapi bila dia dah sampai sini dia dah tak nak balik negara dia dah.. sebab kat sini gajinya amatlah lumayan.

 

Turkish Kebabs – satu-satunya makanan halal yang aku percaya ianya halal kat Queenstown.. haha.. kedai ni ada 2 kat sini.. makanannya pun sedap la juga.. yelah dah dekat seminggu aku tak makan nasi kat NZ ni.. bila aku tau kedai ni ada jual nasi apa lagi bedal je lah… harga makanan kat sini dan air tak lebih dari $20 NZD (RM60)

 

Salah satu kedai burger iaitu FERGBURGER yang aku makan kat sini.. yang aku boleh makan hanyalah The Codfather of Fresh Blue Cod dan jus oren.. memang sedap gile burger ni dan besar giler… harganya $14 NZD (RM35.00).. dan yang paling bestnya beli burger kat sini pastu makan kat waterfront Lake Wakatipu.. memang best.. disebabkan burgernya terlalu besar dan aku tak dapat nak abiskan.. jadi aku bagilah kat itik-itik yang tinggal kat sini..

 

 

Pemandangan Tasik Wakatipu..

 

 

Waterfront Lake Waka Tipu.. kat sini kalau hari ahad ramailah artis-artis dan orang buat persembahan jalanan..

 

Alahaiii.. comelnya dia..

 

 

Adik-adik yang buat persembahan jalanan kat sini.. memang berbakat diorang ni dari duk melepak dan join #Bersih baik diorang cari duit dengan cara halal..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to New Zealand – Bersantai di Queenstown

  1. Shah says:

    Assalamualaikum W.B.T. Harap saudara sihat hendakNYA. Saya cuma nk tnya ttg info2 yg boleh membantu saya. Sbnrnya saya berminat utk berhijjrah ke NZ cuma saya x tahu mcm mana, harap saudara ZAiD dpt membantu saya. Saya berasal dr kampung & xde sedara Mara @ kwn kat sana. Ingat nk keje kat sana terus…

  2. Mohd Zaid says:

    kenapa tak keja di Malaysia je.. tanah tumpah darah tercinta.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *