New Zealand – Terrace Downs Canterbury

 

 

Semasa di Canterbury New Zealand kami tinggal disatu penginapan mewah yang diberi nama TERRACE DOWNS RESORT beralamat di Coleridge Road, Windwhistle, Canterbury, New Zealand. Hanya 20 minit dari Mount Hutt dan anggaran 2 jam dari Lapangan terbang Antarabangsa Christchurch menjadikan Terrace Down tumpuan pelancong ketika musim sejuk dan musim panas.

 

Gunung Mt. Hutt yang diselaputi salji..

 

TERRACE DOWNS RESORT bukan sekadar resort tetapi anda boleh mengabadikan kenangan bersama tersayang ketika bercuti disini. Selain pemandangan gunung Hutt yang diselaputi salji disini juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya bermain golf 18 lubang, spa, jet boating, horse track, clay pigeon, memanah (archery), menembak, dan memancing ikan Salmon.

 

 

2 BDR Terrace Villa Suite yang kami tinggal ni berharga $460 (RM1,150). Terasa sangat mewah bila tinggal disini dan setiap villa mereka menyediakan perkhidmatan seperti DVD player, TV (Sky), CD stereo system, mini-bar, talian internet, talian telefon IDD, tempat parking kereta dan garage, dapur yang lengkap dengan perkakasan, kemudahan mesen basuh, pengering baju, Jacuzzi dalam bilik mandi dan macam-macam lagi..

 

Pertama kali main golf.. best juga kan..

 

Pertama kali juga main permainan archery ni..

 

 

Pemandangan yang sangat indah.. ramai pelancong datang kat sini semata-mata nak ambil gambar perkahwinan mereka..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.