PROTON Persona – Better, Undoubtedly.

 

 

Proton Edar Sdn. Bhd baru-baru ini melancarkan kempen pengedaran Proton Persona serba baru ‘Persona – Better, Undoubtedly’ disamping memperkenalkan DJ Lin dari Suria FM dan DJ Aanantha dari THR Raaga sebagai duta baru Persona.  Mereka berdua akan menyertai  duta DJ Jack Lim  dari MY FM untuk kempen unik 5 bulan yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia di platform yang berbeza penuh inspirasi dan keyakinan.

PROTON Persona sedan, semakin meningkat di pasaran hari ini, setelah menempuh pelbagai cabaran.   Selain harga yang kompetitif, kenderaan yang berkualiti, Persona memberikan  keyakinan kepada pemanduan serta turut menyumbang kepada keperluan gaya hidup.

PROTON yang telah memulakan perjalanan sejak  tahun 2007, kini punyai keyakinan dan telah  membuat keputusan yang tepat  melancarkan  ‘Persona – Better, Undoubtedly’. PROTON ingin  berkongsi pembelajaran ini dengan rakyat Malaysia dalam memilih kereta yang sesuai untuk keperluan mereka.

‘Better, Undoubtedly’ atau ‘Lebih baik, Sesungguhnya’ juga boleh membangkitkan keyakinan pada orang lain.  Untuk merealisasikannya, PROTON Persona dengan bantuan DJ Jack, DJ Lin dan DJ Aanantha,  kerana mereka telah mengharungi  perjalanan yang sama.  Mereka berkayakinan serta punyai kepercayaan diri dalam memainkan peranan membantu orang ramai peroleh halatuju mereka.

Kempen ‘Better, Undoubtedly’ menonjolkan 3 duta Persona yang berperanan sebagai mentor.  Mereka akan berkongsi pengalaman hidup serta membimbing orang-orang dari pelbagai latar belakang untuk menghadapi cabaran mereka sendiri.  Setiap seorang  daripada duta akan berjuang melaksanakan program yang telah mereka bangunkan berdasarkan kepada pengalaman hidup mereka.

 

 

Di sini, saya ingin memperkenalkan DJ Aanantha, salah seorang duta ‘Persona – Better, Undoubtedly’ yang akan berjuang untuk melaksanakan program beliau dalam seni persembahan tarian.  Beliau seorang yang berminat dalam muzik.  Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran dan tidak pernah berputus asa dalam mencapai impian untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya.  Beliau menyertai kumpulan pemuzik dipanggil Synergy, seorang DJ bersama THR Raaga dan memiliki studio sendiri yang dikendalikan bersama abangnya, Ram.  Melalui kempen ‘Better, Undoubtedly’ Aanantha akan mengelolakan bengkel  2 hari untuk mencari bakat kanak-kanak yang berminat dalam seni persembahan dan muzik serta membantu mereka dalam membina keyakinan dalam diri.  Antara aturcara program termasuk kelas menyanyi, lakonan dan membuat pakaian untuk kelas, kelas tarian, dan pembangunan kemahiran interpersonal. Aanantha akan memilih tiga orang murid dari bengkel berkenaan untuk menjadi mentor secara peribadi dan beraksi di dalam video muzik beliau.

 

Bengkel 2 hari ini telah berlangsung dengan jayanya di The Actors Studio Academy untuk mencari bakat khusus dan membawa keluar keyakinan kanak-kanak dalam kebebasan bersuara melalui teater dan seni. Bengkel yang menyaksikan 21 orang kanak-kanak dari  Agathians Shelter dan sekolah-sekolah terpilih mengambil bahagian yang menyeronokkan dan pelbagai permainan yang diadakan.

DJ Aanantha begitu mesra dengan kanak-kanak ini,  kanak-kanak yang mengambil bahagian amat terhibur dengan celoteh dan telatah Aanantha yang bersahaja.

Dato’ Faridah Merican turut membantu DJ Aanantha mengajar dan kanak-kanak dalam persembahan teater, vokal dan tarian.

DJ Aanantha mengambil peluang ini untuk membantu kanak-kanak membina tahap keyakinan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.

 

 

 

Bercakap mengenai Proton Persona saya amat tertarik dengan reka bentuk elegen dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sebut pasal keselamatan pula Proton Persona tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ianya mempunyai ABS (Anti Lock Break System) yang membantu menstabilkan pemanduan ketika berada di jalan licin dan mencegah dari kemalangan. Proton Persona juga mempunyai 2 SRS airbags untuk membantu pemandu dan penumpang hadapan dari kecederaan semasa kemalangan.

Selain dari itu ciri dalamannya yang mewah dan selesa serta ruang simpanan yang luas untuk mereka yang bekerluarga mahupun yang masih bujang. Dari segi audio pula ianya dilengkapi dengan keserasian MP3, AUX dan mempunyai USB Port.  Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.protonpersona.com.my/Proton-Persona.aspx

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to PROTON Persona – Better, Undoubtedly.

  1. Azlan says:

    Saya pengguna proton Persona..bagi saya, Persona mmg superb.murah dari segi kos penyelengaraan nye..terbaik !!!

  2. Alice says:

    Mcm best je…. Interesting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *