New Zealand – Sepetang di Lake Tekapo

 

 

Cerita ceriti pasal New Zealand lagi harap korang semua jangan bosan sudah la ye.. sebab banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan kat korang dan kali ni nak rangkum sekali gus cerita semasa di Lake Tekapo New Zealand. Okey untuk pengetahuan semua nama Lake Tekapo diambil dari perkataan Maori iaitu Taka (Sleeping mat) dan Po (Night) dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Tempat ni memang sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian dan bagi yang baru berumah tangga tu memang sesuailah kalau nak berhoneymoon kat sini. Kalau musim winter, Lake Tekapo memang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk bermain salji, tapi aku rugi sikit sebab time aku datang kat sini baru nak masuk musim winter jadi salji pun baru turun kat atas-atas gunung ganang. Tak apalah tak ada rezeki nak main salji mungkin next time boleh datang lagi kat sini..

 

Di Lake Tekapo kami sempat singgah ke Alpine Springs & Spa, kat sini macam-macam ada tapi disebabkan kesuntukan masa jadi kami buat aktiviti ringgan je.. kat sini kita orang main sejenis permainan yang dipanggil Curling. Memang sempoi dan best Curling ni sebab kita kena luncurkan batu bulat yang berat ni. Permainan ni macam main guli tapi bezanya guli tu kecik Curling ni pulak guna batu besar dan berat. Kalau datang ke Alpine Springs ni bukan sekadar boleh main Curling, kat sini korang boleh juga mandi hot pools, spa, main ice skating dan ada snow park. Harganya seperti berikut : Hot Pools $18 NZD (RM45.00) untuk dewasa dan $10 NZD (RM25.00) untuk kanak-kanak, untuk Sauna dan Stem $26 NZD (RM65.00) dewasa. Ice Skating pula $16 NZD (RM40.00) dewasa dan $12 NZD (RM30.00) kanak-kanak. Snow Tubing $19 NZD (RM47.50) dewasa dan $15 NZD (RM37.50) kanak-kanak.

 

 

Lake Tekapo memang cantik dan kat sini memang sejuk gile.. lihatlah gunung ganang kat belakang tu memang cantik.. kat sini memang ramai pelancong dari Jepun datang semata-mata nak bergambar perkahwinan.. sebab diorang suka suasana ni kot.. // amboi mamat dalam gambar tu.. perasan macho la tuh hahaha..

 

Gunung yang diliputi salji.. cantik kan..

 

Sebelahnya pula gunung gondol yang belum bersalji..

 

Sebuah Church yang mengadap pemandangan Lake Tekapo.. kat sini ramai orang Christian kawin..

 

Sebab kami sampai pun dah dekat pukul 5 petang (kat sini 5 petang dah senja bila waktu winter) jadi kami stay satu malam kat Pappers Bluewater Resort. Memang cantik resort ni dan harganya pun boleh tahan gak sebab yang menariknya resort ni mengadap Lake Tekapo..

 

 

Pemandangan Pappers Bluewater Resort waktu senja.. cantik ..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com