New Zealand – Shotover Jet Boat

 

Pasti ramai diantara pembaca blog aku ni pernah naik bot kan, tapi aku pasti korang mesti tak pernah naik jet bot betul tak?.. kalau ada pun tak sama macam yang aku naik kat sungai Shotover Canyon di Queenstown New Zealand. Memang gila lah pemandu jet bot ni sebab dia bawa memang tak ingat dunia, memecut sehingga 85kph sejam diatas sungai cetek dan berbatu ni. Sekali salah teknik memang berkecailah bot yang kami naik ni tapi semua tu tak perlu nak dirisaukan sebab semua pemandu bot disini adalah dari mereka yang terlatih.

Memang seronok dapat rasai pengalaman menaiki bot jet ni dan bagi anda yang ingin datang ke sini bayaran untuk pengalaman ini adalah $119 NZD (RM297.50) untuk dewasa dan $69 (RM172.50) untuk kanak-kanak.  Agak mahal juga kalau dah di convert kepada duit Malaysia kan.. tapi apa hal sangatlah dengan duit dari pengalaman yang tak dapat kat mana-mana ni betul tak?..

 

 

Muat-muat satu boat kumpulan kami ni, satu yang aku paling suka tentang pemanduan bot ni adalah teknik “360° spins”. Pemandu bot akan memberi isyarat bulatan sebelum beliau buat pusingan bot sehingga 360 darjah. Memang pening dan rasa nak muntah bila dia buat 360° spins ni lagi pulak dia buat spin kat celah-celah batu memang mengerikan betul. Susah lah nak cerita kalau ada video kan best.. video ada tapi kena beli :( jadi aku tak belilah video sebab harganya mahal sangat.. ada gambar pun jadilah.. :)

 

 

Pemandangan kat sini memang cantik dan sejuk, jadi dinasihatkan kalau nak naik bot laju ni sila bawa cermin mata dan baju sejuk. Macam aku pergi tinggalkan baju sejuk kat dalam locker bila dah naik bot punyalah menggigil kesejukkan. Maaflah tak ada video nak tunjuk kat korang.. tapi korang tengok video kat bawah ni macam mana pengalaman naik Shotover Jet ni.. :)

 

 


 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com