New Zealand – Kiwi Haka Queenstown Maori Culture

 

 

Kia Ora Nau mai haere mai ki tenei o to tatou nei whare whakaturanga” yang bermaksud Selamat Datang Ke Persembahan Istimewa Kebudayaan Puak Maori. Kalau ke New Zealand memang tak sah kalau tidak menonton persembahan kebudayaan dari suku kaum Maori lebih-lebih lagi kalau korang peminat setia rugby All Black Team mesti korang tahu sebelum perlawanan mesti mereka menari tarian Haka.

New Zealand atau nama sebenarnya AOTEAROA yang bermaksud “The Land of the  Long White Could” dan nama bagi Selatan pulau New Zealand pula adalah “Te Waipounamu, Te Waka a Maui” yang diberi oleh pendatang awal Polynesia Timur yang membina budaya tersendiri dan kini dipanggil Maori. Lihat saja wajah mereka sudah terasa gerun kerana rupa bengis dan marah mereka. Tetapi bagi orang Maori rupa bengis itulah yang menjadi kebanggaan mereka dan daya pemikat wanita, lagi bengis muka diorang lagi hensem kot haha..

 

 

Bagi yang inginkan pengalaman menonton persembahan Kiwi Haka ini bolehlah datang ke Skyline Queenstown dan bayaran bagi sekali persembahan adalah seperti berikut : $55 NZD (RM137.50) untuk dewasa dan $29 NZD (RM72.50) untuk kanak-kanak. Bagi yang datang bersama keluarga pula harganya adalah $139 NZD (RM347.50). Setiap bayaran termasuk pengangkutan menaiki Gondola (Cable Car).  Mereka menanti kedatangan anda dan apa yang aku boleh katakan tentang persembahan disini adalah terbaik dan menghiburkan. Tak perlu takut dengan muka bengis mereka sebab mereka tak makan orang haha.. :)

 

 

Pakaian tradisional puak Maori, rasanya pakaian ni telah di kontemperarikan bagi tujuan komersial.. rasanya kalau betul-betul pakaian mereka agak 18 tahun keatas sikit kot.. Tali dua bunjut yang perempuan ni pegang namanya POI merupakan tradisi untuk para pahlawan menguatkan pergelangan tangan mereka sebelum memegang senjata, mungkin untuk senaman tangan waktu dulu kot.. kini POI digunakan oleh para wanita untuk menghiburkan dan menceritakan semula sejarah serta memberi insprasi baru kepada remaja untuk berpegang kepada pengetahuan budaya yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Lihat mata wanita tu.. amat mengerikan.. :)

 

 

Persembahan yang tidak menghampakan. Penonton juga turut diberi peluang menari dan memegang senjata orang Maori kat sini.. bila lagi nak try kenalah datang New Zealand .. Mak dan adik aku sempat cuba menari tarian mereka.. aku nak cuba tapi terpaksa pegang kamera pulak waktu tu.. haha tak pelah kasi chan kat diorang menari puas-puas.. jom tengok video kat bawah yang sempat aku rakam semasa persembahan kat sini..

 

Video Tarian Kebudayaan Maori

 

 

Video Tarian Kebudayaan Maori

 

 

Video Tarian Kebudayaan Maori

 

 

Video Tarian Kebudayaan Maori

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com