New Zealand – Thrillseekers Claybird Shooting

 

Pertama kali pegang senapang dan menembak itulah yang aku lakukan ketika berada di New Zealand. Memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Nampak mudah tapi sebenarnya susah gak nak menembak ni. Sewaktu di Hanmer Springs aku berkesempatan ke Thrillseekers Claybird Shooting di Waiau River untuk belajar menembak. Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada Airasia X dan Tourism New Zealand kerana sponsor percutian kami ke NZ ni.. Walaupun tiada satu tembakan yang kena sasaran tapi aku cukup bangga at least aku dah mencubanya di New Zealand.

Nak menembak kat sini tak perlukan lesen sebab kat sini kita tak tembak burung atau orang, sebaliknya menembak tanah liat yang telah dikeraskan. Bayaran untuk menembak adalah $35 NZD (RM87.50) untuk 10 kali tembakan. Umur yang dibenarkan menembak dari 16 tahun keatas sahaja dan perlulah mematuhi polisi yang telah ditetapkan. Jangan risau kalau anda bukan seorang penembak profesional sebab kat sini disediakan petugas yang akan mengajar cara-cara memegang senapang dengan betul.

 

Mr. Darrel merupakan seorang petugas di Thrillseekers Claybird Shooting, dia ni sorang penembak yang cekap.. kita orang suruh lah dia buat demo menembak.. semua kena sasaran.. memang pro dia ni..

 

 

Pertama kali pegang senapang.. agak janggal jap.. takut gak kalau-kalau peluru tu terkena muka.. tapi bila dah ditunjuk ajar oleh Mr. Darrel segalanya jadi mudah.. tapi aku ni Parkinson sikit.. tangan menggeletar bila menembak..

 

 

Inilah dia Clay Bird (Tanah liat) yang kita orang kena tembak sampai pecah.. nampak mudah tapi memang susah..

 

 

Team Kaitaki sempat bergambar kenangan disini.. untuk pengetahuan pemandangan kat sini memang cantik, rugi kalau tak datang..

 

 

Saja nak bergambar kat kenderaan diorang ni.. hehe..

 

 

Selain Claybird Shooting kat sini boleh buat pelbagai aktiviti menarik iaitu menaiki jet boat, bungy, rafting, quad bikes dan banyak lagi.. kalau korang datang ke New Zealand jangan lupa kesini ya.. datang jangan tak datang ye…  tengok video kat bawah ni..

 


http://www.youtube.com/watch?v=tZX0AyoFnZ0

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to New Zealand – Thrillseekers Claybird Shooting

  1. Hong says:

    wow, best experience. Hang hebat jugak, dapat tembak ngan tepat!

  2. Mohd Zaid says:

    Hi Hong.. lepas ni i boleh jadi askarlah sebab dah pandai menembak haha..

    berbakti untuk negara..

  3. Hafiza says:

    Saya just nk tnya since u dh pegi ke Queenstown, kalau sya nk bekerje & menetap di NZ, tempat mana yg paling sesuai dri segi kewangan, makanan, perumahan. Boleh tak kalan en. zaid tlg dpt kan penama org2 malaysia yang dh menetap di NZ sebagai rujukan ke pihak Immigration NZ. Itu adalah satu cara pihak Immigration meluluskan permohonan saya. Hrp Encik Zaid dpt membantu saya. TQ

  4. Mohd Zaid says:

    Cuba contact tourism nz utk maklumat lanjut

  5. Hi there to all, the contents existing at this web site
    are actually awesome for people knowledge, well,
    keep up the good work fellows.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *