New Zealand – Shotover Canyon Swing Queenstown

 

 

Pertama kali semasa dapat tahu yang aku kena buat terjunan di Shotover Canyon Swing ni aku agak blur, apa benda yang nak di swing kan? macam mana rupa bentuk terjunannya… adakah ianya lagi extreme dari Kawarau Bridge Bungy? semuanya bermain dalam fikiran aku.. sempat gak lah aku google jap kat hotel tentang Canyon Swing ni.. bila tengok kat Youtube aku rasakan permainan ni memang betul-betul gila dan tak masuk dek akal..

 

 

Shotover Canyon Swing Queenstown merupakan lompatan tercenuram didunia (World Highest Cliff Jump) dan merupakan permainan paling extreme yang pernah aku buat seumur hidup aku. Aku paling tak suka kalau berdepan dengan daya tarikan graviti sebab perut aku akan rasa ngilu sesangat. Untuk Shotover Canyon Swing aku rasakan satu yang mencabar minda dan betul-betul dapat mengatasi ketakutan aku. Bukan dari segi paksaan tapi datang dari hati aku sendiri yang nak buat terjunan swing ini sebanyak 2 kali.. haha orang lain semua buat sekali dan aku buat aksi paling extreme pada hari tu.. Untuk pengetahuan semua Shotover Canyon Swing adalah berketinggian 109 meter / 360 ft dari sungai Shotover, bila buat terjunan boleh mencapat tahap kelajuan 150kph dan berswing dalam 200 meter.. ketinggian tersebut lebih kurang dengan ketinggian Statue of Liberty yang terletak di New York setinggi 92.99 meter.

 

 

Ini adalah platform sebelum melakukan lompatan dan platform ini memang kukuh dan selamat. Sebut pasal selamat, keselamatan adalah faktor utama ketika berada di sini. Penerjun perlulah sentiasa mematuhi peraturan dan arahan oleh pihak petugas semasa di platform kang tak pepasal terjatuh pulak dah la curam dan tinggi. Tali yang digunakan untuk membuat terjunan bukan calang-calang tali, ianya diperiksa setiap saat bagi memastikan semuanya selamat. Tali tersebut boleh menampung berat sebanyak 2.8 tan dan boleh menampung sebanyak 4 buah kereta.

 

 

Hampir 70 style terjunan telah dibuat dan antara yang popular dikalangan penerjun adalah Cutway, Forwards, Pin Drop, Backwards, The Chair, Flips, Indian Rope Trick, Elvis Cutaway, Gimp Boy Goes To Hollywood, Seven Count dan macam-macam lagi.. ada yang terjun bogel pun ada.. ikut suka koranglah nak terjun macam mana.. disebabkan aku dalam pertandingan jadi aku buat 2 aksi terjunan iaitu Gimp Boy Goes To Hollywood iaitu membuat terjunan berdua dan Seven Count (jawab soalan) kalau tak dapat jawab tali kena potong sampai putus.. huh ngeri siodd..

 

 

Petugas akan sentiasa memastikan keselamatan penerjun terjamin dari masa ke semasa.. tapi kalau korang takut-takut sangat nak terjun diorang ni akan buat trick dan terus tolak korang hahaha.. jahat tau diorang ni.. tapi diorang best dan baik-baik..

 

 

Bagi yang berminat untuk datang kesini dan nak buat terjunan swing, harga Shotover Canyon Swing adalah seperti berikut.. Terjunan kali pertama adalah $199 NZD (RM497.50) dan setiap terjunan seterusnya adalah $39 NZD (RM97.50). Kalau nak beli gambar yang diorang tangkap harganya $45 NZD (RM112.50) dan video $65 NZD (RM162.50).. huh mahal kan.. memang tak mampu aku kalau pergi sendiri.. nasib baik ni trip sponsor jadi rugi kalau aku tak rasai pengalaman ni..

 

Mak aku, Zara Aluwi satu-satu wanita Malaysia yang pernah buat terjunan disini.. cayalah mak.. walaupun sudah berusia tapi mak tetap rockkkk…. mak aku buat style duduk atas kerusi dan terjun.. nak tengok video dia korang usha lah kat blog dia ye..

 

 

Hanya tujan je yang tahu betapa takutnya perasaan aku ketika ni.. ye lah aku sorang pulak yang kena + paksa buat 2 terjunan… nak tak nak aku terpaksa buat.. tapi bestttt….

 

 

Yeeeeyyyy lepas buat terjunan muka aku kembali happy… tahniah Zaid ko dah berjaya… bukan senang tau nak main benda ni.. dah la mahal giler..

 

 

Hall Of Fame – ramai artis satu dunia dah buat terjunan kat sini.. Jack Black pun pernah datang sini..

 

 

Kenangan yang tak akan aku lupakan kat sini… pasti!! pasti!! aku nak datang sini lagi kalau aku kaya nanti.. 🙂

 

nak tengok video terjunan aku?.. jom tengok 2 video ni dan korang pastu kecut perut tengok hahaha.. terjunan pertama nama dia Seven Count, aku kena jawab 10 soalan tentang Airasia dan Tourism New Zealand tapi aku dapat jawab 4 soalan je betul.. video kedua adalah Tandem iaitu berpasangan dan kami perlu merebut buah Kiwi semasa terjun.. gila lah.. buah kiwi tah kemana kami tah kemana hahaha korang tengok la sendiri video ni ye.. 🙂

 

Video 1 (Seven Count)


http://www.youtube.com/watch?v=QwAtSK6LkFg

 

Video 2 (Gimp Boy Goes To Hollywood)



About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to New Zealand – Shotover Canyon Swing Queenstown

  1. Lindy says:

    Awesome!! Your mom is so cool and sporting! My mom would nv do tat!haha.

  2. Mohd Zaid says:

    Hi Lindy.. my mom memang lasak orang nya.. suruh apa saja mesti dia buat.. huh dia tak takut pada ketinggian..

  3. Thristhan says:

    Wow, daring bro. I sure will be freaking scared. Great experience you had 🙂

  4. Thristhan says:

    One more thing, you probably have to coolest, most bravest mum in the world bro 🙂

  5. Mohd Zaid says:

    yes mak saya memang berani thris.. saya pula yang takut haha..

  6. Mohd Zaid says:

    kenangan yang terindah bro..

  7. Pergh..tabik bro..
    sapa sponsor?
    Mak ko ada blog?wow..

  8. Mohd Zaid says:

    Airasia dan Tourism New Zealand yang sponsor kami bro.. haha.. yup mak saya pun ada blog.. masuk la blog dia http://zaraaluwi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *