SEKALI LAGI – Filem Terbaik Yang Menyentuh Perasaan

 

Cerita melayu lagi.. tapi kali ni ceritanya best tak macam cerita tangkap leleh sebelum ni. Semalam aku berpeluang bertemu dengan pelakon-pelakon filem SEKALI LAGI yang diadakan di TGV Sunway Pyramid dalam sesi sidang media mereka. Memang padan betul gandingan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam fiem Sekali Lagi ni dan mereka berjaya membawa watak yang dilakonkan.  Aku bagi 9/10 bintang untuk cerita ni sebab berjaya buat aku menangis dalam hati sebab jalan ceritanya yang begitu menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi watak  Mia Sara tu yang sangat comel. Dalam majlis yang sama juga pihak pengurusan Syarikat Komunikasi DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah mengumumkan pelantikan Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat Amdan sebagai Friends Of DiGi. Mereka semua dilantik bagi mempromosi produk dari kempen Internet For All dan menarik lebih dekat lagi  peminat-peminat mereka.

 

Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat Amdan sebagai Friends Of DiGi

 

 

Lisa Surihani memang berbakat besar dalam bidang lakonan… dan dia cantik.. aku suka sangat tengok muka dia yang manis tuh..

 


bersama Shaheizy Sam, dia pun berbakat besar dalam bidang lakonan.. tahniah SAM !

 

Apa-apa pun korang patut pergi tengok cerita ni kat panggung pada 30 June 11 nanti sebab aku gerenti ceritanya 100% best dan sedih.. rugi kalau tak tengok sebab bagi aku ini cerita melayu pertama yang buat aku menitiskan air mata cewahh..

 

Sinopsis SEKALI LAGI : menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.

Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

Producer : David Teo
Director : Hashim Rejab
Producer (Company) : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Language : Malay
Genre : Drama, Romance, Comedy
Classification : U
Release Date : 30 June 2011
Duration : No Info
Audio : Stereo
Script: MIG Script Panel

Cast: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Bront Palarae, Kartina Aziz, Shasha, Zul Handyblack, Ana Dahlia, Bob Lokman, Amylia Nastasha Aziz

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to SEKALI LAGI – Filem Terbaik Yang Menyentuh Perasaan

  1. hazwan says:

    mcm best je..

  2. H3r0 says:

    memang best cite nie bro… Aku pun dapat tgk semalam… He he…
    Menangis dalam hati ke? Nampak cam dah pakai tisu semalam.. He he…

  3. Mohd Zaid says:

    kekeke mana ada nangis hahaha aku selsema lah hahaha..

  4. Mohd Zaid says:

    tengok lah kat pawagam 30 june nanti ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *