New Zealand – Kawarau Bridge Bungy

 

Satu benda dalam hidup aku yang aku paling benci adalah mengatasi masalah ketakutan pada tempat tinggi. Mungkin aku belum merasai bagaimana bila terjun dari tempat tinggi dengan tarikan graviti bumi. Betapa beruntunnya aku sebab dapat merasai kehebatan terjunan Bungy di Kawarau Bridge Bungy New Zealand. Tak terlintas dalam kamus hidup aku untuk terjun bungy ni tapi bila dah sampai kesini rasa rugi pulak kalau tidak mencubanya lebih-lebih lagi ianya free dan ditaja sepenuhnya oleh Airasia dan Tourism New Zealand. Memang bertuah hidup ini dapat merasai pengalaman terjun bungy. Di Queenstown New Zealand memang penuh dengan aktiviti lasak dan mencabar minda tapi sebelum datang kesini sila simpan duit secukupnya ye sebab nak main benda-benda ni bukan murah-murah.

3..2…1…. Bungyyyyyy….. memang perasaan takut aku dah capai tahap maximum 100 peratus takut.. darah tinggi darah rendah semua dah turun naik waktu tu.. tapi aku fikir balik sebelum terjun mestilah takut, cuba dah naik nanti mesti aku lah orang yang paling happy gila sebab dapat buat bungy. Lagi satu keselamatan dan kekuatan tali bungy ni tak perli dirisaukan sebab¬† 100% selamat dan tak pernah lagi ada kecelakaan berlaku. Tapi masa nak terjun tu aku tawakal je ye lah malang tak berbau kan.. puas semua ayat quran aku baca dan mengucap panjang hahaha…

 

 

 

Kawarau Bridge Bungy terletak di Queenstown New Zealand dan merupakan terjunan Bungy komersial pertama didunia setinggi 43meter. Disini adalah satu-satunya terjunan bungy berpasangan (Tendem Bungy).. kat tempat lain semua kena terjun sorang-sorang.. Harga untuk terjunan adalah $180 NZD (RM450) untuk dewasa dan $130 (RM325) untuk kanak-kanak. Bagi yang bekerluarga hanya $490 (RM1225) untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Setiap penerjun akan menerima sehelai bajuT dan sijil tanda penghargaan dan cendera mata. Wow harganya boleh tahan gak kan.. tapi pengalaman tu tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit.. memang rugi kalau dah datang jauh-jauh kat sini tapi tak cuba..

 

 

Sebelum melakukan terjunan bungy korang mestilah menimbang berat badan di kaunter dan beritahu kepada petugas sekiranya anda ada sebarang penyakit yang disenaraikan. Tujuan tersebut mungkin membantu para petugas bungy membuat kiraan pada tali bungy dan mengurangkan rasa extreem bila buat terjunan. Syarat-syarat untuk membuat terjunan bungy adalah anda mestilah berumur 10 tahun min dan 110 max.. berat badan mestilah Min 35kg – Max 235kg. Bagi yang inginkan terjunan berdua (Tendem) jumlah berat kedua-dua pasangan mestilah tidak melebihi 30kg.

 

Bagi yang takut nak terjun.. korang boleh tengok video live dari skrin tv dibawah jambatan.. tengoklah gelagat diorang yang takut dalam video tu nanti..

 

 

Sejarah Kawarau Bridge Bungy

 

 

Bagi yang takut nak terjun.. disediakan juga Kawarau Bungy Trampoline dengan harga $20.00 (NZD) untuk dewasa dan $15.00 (NZD) untuk kanak-kanak

 

 

Kate yang rambut perang tu seorang petugas di Kawarau Bridge Bungy dialah yang banyak bagi semangat kat aku dan Team Kaitaki untuk memenangi challenge kat sini.. memang best staff-staff diorang dan baik-baik.. aku rindu sangat kat Kate….

 

 

43 meter.. tinggi tak tinggi lah.. tapi cuak gak lah nak buat Bungy kat sini.. aku ngan mak aku buat Tandem jump iaitu terjun dua orang.. dah la kami berdua ni berat nasib baik tali bungy tu dapat tampung berat kami haha..

 

 

alahaiiiii anak ooomaaaakkkkkk , hahahaha mak aku relex je… tapi tengok muka aku tu… macam nak menangis kan hahahaha.. aku kelakar tengok gambar aku ni.. masa ni aku tak ingat apa dah..

 

 

Arrhhhh legaaaa…. i did it!! … aku berjaya mengatasi ketakutan aku… masa ni aku happy gila yooooooohhhoooooooooo

 

 

Bergambar kenang-kenangngan di jambatan Kawarau, Queenstown New Zealand.

 

Korang rasa korang berani nak terjun Bungy? jom tengok video aku buat terjunan.. haha jangan gelak ye..

 



 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.