New Zealand – Heritage Hotel Hanmer Springs

 

Hari pertama sampai di New Zealand telah membuatkan aku jatuh hati pada negara ini, keindahan dan kebersihan rakyatnya memang patut dipuji. Bayangkan jalan raya yang tenang dan boleh dikatakan tiada sampah sarap merata jalan, kalau ada pun boleh dikira dengan jari sampahnya. Hari pertama kami menginap di Heritage Hotel beralamat 1 Conical Hill Road Hanmer Springs 7334, New Zealand. Agak terkejut juga apabila kami diberikan hotel ala villa bertaraf 4 bintang setengah ni ye lah siapalah kami ni kan datang pun percuma inikan diberikan lagi layanan istimewa sebagai tetamu exclusive mereka.

Hanya 90 minit dari bandar Christchurch, resort spa dan villa warisan yang dibaikpulih ini dijadikan tempat penginapan untuk para tetamu yang inginkan suasana berlatarbelakang Pokok Alpine dan gunung salji. Memang cantik pemandangan disini dan suhu cuacanya cukup sejuk kerana ianya berdekatan dengan gunung yang disaluti salji. Rekabentuk hotel ini berasal dari Sepanyol dan masih dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan. Kalau datang kesini janganlah risau kerana semua kelengkapan tersedia seperti Mini bar, Besi pemanas tuala, papan seterika, TV (Sky), Radio alarm, Internet, WiFi, pengering rambut, IDD telefon, Pengecas iPod, Garage kereta, mesin basuh dan mesin pengering. Jadi kalau basuh baju kat sini boleh gunakan mesin pengering yang boleh keringkan baju dengan berapa minit je.

 

Di New Zealand sekitar bulan June ini adalah musim sejuk, walaupun pada musim panas suhu disini tetap sejuk dan mengigil satu badan.. jangan risau kalau ke NZ kerana setiap rumah, hotel atau di pusat membeli belah sekalipun ada menyediakan alat pemanas ini.

 

 

Ruang tamu yang selesa sesuai untuk keluarga 4-5 orang, bayaran aku tak pasti la pulak sebab ni sponsor oleh Tourism New Zealand ..

 

 

Ada 3 bilik dan mempunyai katil yang selesa dan dilengkali selimut elektronik bertujuan untuk memanaskan badan.. tapi aku tak retilah nak pakai selimut elektrik tu takut kena renjatan pulak nanti..

 

 

Lengkap dengan segala jenis peralatan termasuk periuk, sudu, cawan, peti ais, microwave, alat pengering pinggan, kopi teh, pisau, parang.. dsb … lengkap lah semuanya..

 

 

Mesin basuh dan alat pengering pakaian siap dengan sabun lagi diorang bagi..

 

 

Pemandangan luar kawasan Heritage Hotel Hanmer Springs ni memang cantik…. rasa macam nak duduk disi 5-6 hari ni.. tapi apakan daya kami tinggal semalam je sebab lepas ni kitaorang tinggal kat hotel lain pulak.. ok kalau sesiapa yang berminat nak tinggal kat hotel ni boleh masuk website mereka untuk info lanjut..

http://www.heritagehotels.co.nz/hanmer-springs/

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to New Zealand – Heritage Hotel Hanmer Springs

  1. ken says:

    miss the heater.. last time at UK, the heater is so much fun when it’s during the winter 🙂

  2. ya Allah tenangnya pemandangan kat hotel tu.
    sukanya tengok.
    ^;^

  3. Mohd Zaid says:

    memang cantik tempat ni.. rasa nak tinggal sana je.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *