New Zealand – Hanmer Springs Thermal Pools & Spa

 

Hanmer Springs Thermal Pools & Spa merupakan salah satu tarikan pelancong jika anda berada di New Zealand. Hanya 500 meter dari tempat penginapan kami di Heritage Hotel Hanmer Springs merupakan tempat kolam air panas untuk seisi keluarga. Sekiranya anda datang ke Hanmer Spring jangan lepaskan peluang untuk kesini ya. Sumber air semulajadi bawah tanah ini mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan untuk menyembuh pelbagai penyakit. Lebih seronok lagi ianya berada di negara sejuk dan kita dapat merasai suhu panas dan sejuk dalam masa yang sama. Sumber air bawah tanah ini mempunyai pelbagai minerals termasuk sulphur, sodium chloride, calcium, carbonates, magnesium, potassium dan disalurkan ke beberapa kolam khas untuk para pengunjung.

 

 

Mr. Scotts banyak menerangkan tentang sejarah dan operasi Hanmer Springs Thermal Pools & Spa ni. Disini kami diberi layanan istimewa oleh pekerja-pekerja mereka yang sememangnya peramah. Sekiranya anda berminat datang kesini harga masuk tidaklah mahal dan terdapat beberapa pakej yang disediakan antaranya Dewasa $18.00 NZD, Kanak-kanak $9.00 NZD, warga emas $14.00 NZD dan sekiranya anda bersama keluarga pakejnya adalah $45.00 NZD untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun kebawah masuk adalah percuma.

 

 

Kalau nak mandi kolam air panas ni, pakaian adalah diutamakan. Tak boleh pakai seluar panjang! ingat tuh.. kalau nak mandi sekurangnya kena pakai seluar dalam atau seluar pendek sahaja. Cuba tengok gambar kat atas tu.. setiap orang diberikan baju mandi sebab kat sini memang sejuk giler.. maksud aku lepas mandi air panas dan naik kat darat korang akan rasa sangat sejuk jadi baju tu memang sesuailah dipakai.

 

 

Disini terdapat beberapa jenis kolam air panas dan setiap kolam mempunyai suhu yang berbeza antaranya Rock Pools (38 degrees Celsius), Rainbow Pools (36-37 degrees Celsius), Sulphur Pools (40-42 degrees Celsius), Hexagonal Pools (38-40 degrees Celsius), Private Thermal Pools ( 39-40 degrees Celsius) dan tarikan terbaru disini adalah SuperBowl Ride iaitu gelongsor air setinggi 15 meter.

 

 

Seronok betul bila main SuperBowl Ride ni, walaupun takut tapi best.. haha ini kali kedua aku main permainan gelongsor air ni.. kali pertama main kat Lake Town Bukit Merah.

 

 

Gaya kesemua peserta haha.. dah macam doktor ehhh macam saintis … haha.. apa-apa pun kat sini memang best !! rugi siapa tak datang sini..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *