New Zealand – Christchurch Attractions International Antarctic Centre

 

Sejurus sampai di lapangan terbang antarabangsa Christchurch, New Zealand kami dibawa melawat ke International Antarctic Centre lebih kurang 500m dari lapangan terbang beralamat 38 Orchard Road, Christchurch Airport 8053, New Zealand. Tempat ini dibuat bertujuan membawakan pengalaman pelawat merasai kehidupan sebenar di Antarctica. Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila ini adalah kali pertama aku dan peserta lain merasai kehidupan ais walaupun hanya didalam sebuah tempat yang direka khas.

Tiket masuk untuk masuk ke sini tak lah mahal sangat cuma $65 NZD untuk All-Pass iaitu termasuk Indoor Attraction, Unlimited Hagglund Rides dan 4D show. Harga untuk wargatua dan pelajar pula cuma $55 NZD, $36 NZD untuk kanak-kanak berumur dari 5-15 tahun dan combo keluarga $165 NZD untuk 2 dewasa dan 4 kanak-kanak.

 

 

Hagglund Ride merupakan kenderaan yang sesuai jalan diatas salji. Duduk pegang dan rasai pengalaman perjalanan itulah yang digambarkan aku semasa menaiki Hungglund Ride ni, satu-satunya ATV yang membawa perjalanan ekstreme dalam kawasan Antarctic Centre. Perjalanan menaiki Hagglund Ride selama lebih kurang 15 minit dan bila dah ada kat dalam Hagglund ni korang akan rasa macam dalam roller coaster tau. Bayangkan naik kenderaan ni dan menaiki bukit setinggi 7 meter dan masuk dalam air bagai, memang ekstreme lah.. rugi tak mencubanya kalau kesini.

 

 

Mr. John seorang pemandu Hagglund Ride yang terlatih.. dialah yang bawa kita orang naik kenderaan ni bagai nak gila dalam benda tu.. tapi BESSTTTT!! Tengok video kat bawah ni pengalaman aku naik Hagglund Ride

 

kat sini ada 3 benda yang kita orang buat, pertama main Hagglund Ride, pastu merasa pegang salji palsu dan berada didalam bilik yang suhunya mencecah paras beku yang diberi nama Antarctic Storm. Dalam bilik Antarctic Storm ni kena pakai jeket dan kasut khas supaya kita tak beku kat dalam bilik tu nanti. Memang sejuk gile dalam bilik ni dan suhunya mencecah -18 degrees Celsius.

 

Team Kaitaki dan Team Kairiri merasai peluang pegang salji dalam bilik Antarctic Storm

 

Merasa juga naik jet ski ice ni.. kalau kat Malaysia main jet ski dalam air je ni main kat salji hehe

 

 

4D EXTREME Theatre – Ini kali kedua aku tengok wayang 4d kali pertama kat Disneyland Hong Kong. Kat Antarctic Centre ni pun ada show 4d dan kita orang tengok 2 cerita yang pertama cerita perjalanan ke Antarctic (Ice Voyage) dan kedua cerita The Curse of Skull Rock. Memang best tengok wayang 4D sebab rasa macam kita berada kat tempat tu je.. siap ada air terpancut dari tempat duduk lagi haha.. opsss aku tak ambik gambar lah kat dalam panggung 4d ni.. sorry ye..

 

 

Muka aku cerah sikit bila kena salji.. kalau lama aku tinggal kat Antarctica ni mau putih gebu kulit aku rasanya..

 

 

Terima kasih ye kepada Antarctic Centre sebab sudi bagi kami masuk FREE kat sini.. pengalaman yang tak dapat aku lupakan adalah pegang salji walaupunnnn salji palsu hehe..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to New Zealand – Christchurch Attractions International Antarctic Centre

  1. alice says:

    itu salji palsu ke???

  2. bro zaid ni staff AAX ke?

  3. JMR says:

    wow..best gile NZ,,more gmbar lg bro!

  4. Mohd Zaid says:

    tq bro.. ok otw nak update pasal nz ni.. banyak lagi cerita menarik.. tunggu ye..

  5. Mohd Zaid says:

    tak la bro.. saya bukan kerja kat AAX pun…

  6. Mohd Zaid says:

    bukan palsu tapi buatan manusia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *