New Zealand – Pertama Kali Merasa Cuaca Sejuk

 

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan trip percutian ke New Zealand minggu lepas bersama pemenang-pemenang contest AirAsia X Ultimate NZ Action Hero. Tak sangka pula dapat pergi bercuti ke NZ secara percuma kan, semua ini rezeki yang dikurniakan Allah dan aku amat bersyukur kepadaNya atas limpahan rahmat dan peluang ini. Terima kasih tak terhingga juga kepada team Airasia X dan Tourism New Zealand kerana tanpa keringat dan peluang yang diberikan oleh mereka tidaklah aku sampai jejakkan kaki ke pulau selatan New Zealand ni. Arrrrhhhhh tak tahu macam mana nak cakap lagi betapa gembiranya hati ini dapat peluang menjejakkan kaki ke negara orang lebih-lebih lagi negara yang kini beriklim sejuk yang mencecah suhu -2’c. Percutian kali ini berbeza sedikit dengan percutian aku sebelum ini, ini adalah percutian dan pertandingan untuk merebut kejuaraan fasa kedua sebagai AirAsia X Ultimate NZ Action Hero.

 

 

Sebelum menjejakkan kaki ke NZ kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Team Kairiri dan Team Kaitaki oleh pihak Airasia. Tujuan kumpulan ini dibuat adalah untuk menentukan pemenang fasa 2 nanti semasa di NZ. Gambar diatas tu adalah Ms Yong Swee Ping dari Airasia dan Melanie dari Tourism NZ. Huh best jugakan dapat masuk office Airasia kat LCCT ni memang canggih office mereka ni. Sementara itu kitaorang tunggu seorang lagi blogger dari China iaitu James yang akan menjadi penasihat untuk Team Kairiri yang terdiri daripada 3 orang jejaka Sabahan yang peramah dan baik iaitu Franly,Vincent dan Thenly. Manakala team aku pulak iaitu Team Kaitaki terdiri daripada Budiey, Mak aku Zara dan adik aku pemenang contest ni Uzairothman.

 

Perjalanan ke Christchurch New Zealand mengambil masa selama 10 jam 15 minit dengan menaiki pesawat AirAsia X D7 2756 dan sekali lagi terima kasih kepada AirAsia kerana menyediakan makanan buat kami semasa penerbangan. Memang syok bila dapat makan free atas pesawat. Penerbangan yang panjang membuatkan agak sedikit kebosanan tetapi aku dapat tidur dengan nyenyak kerana kecekapan pilot yang memandu dengan lancar membuatkan aku tak rasa takut naik kapal terbang. Penerbangan kami selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Christchurch New Zealand tepat jam 2 petang waktu NZ kalau di Malaysia jam 10 pagi. Perbezaan GMT di NZ adalah 4 jam (GMT12) jadi kalau sampai di NZ ni kenalah cepatkan jam. Kalau anda ingin ke NZ pastikan tidak membawa sebarang makanan tenusu atau segala jenis makanan lain sebab apa kat sini undang-undangnya ketat sini, kalau nak gak bawa makanan dari Malaysia boleh tapi kena declare kat kastam mereka. Satu yang aku cukup bangga pasal kastam NZ ni adalah mereka ni baik dan peramah, tak macam kastam kat Hong Kong dulu muka ketat je, ingat lagi aku seorang pegawai kastam perempuan kat NZ semasa nak cop visa kat pasport aku tu.. macam-macam dia tanya tapi muka dia sentiasa senyum.

 

 

Sebelum aku cerita lebih lanjut tentang NZ, aku nak ucapkan terima kasih juga kepada mereka berdua ni iaitu Fiona dan Guy. Sampai je lapangan terbang Christchurch kami disambut oleh mereka berdua yang sangat peramah dan ceria. Guy merupakan jurukamera kami semasa disana, banyak juga gambar dan video yang dia rakan untuk didokumentarikan. Fiona memang peramah tapi aku kekadang tak faham apa yang dia cakap sebab orang NZ ni cakap dia macam orang British slenga dia pekat sikit. Apa-apa pun diorang ni memang sempoi dan sentiasa ambil berat tentang kami semasa di NZ selama 7 hari 6 malam.

 

– Bersambung – Tunggu cerita di NZ dari aku lagi ye..

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to New Zealand – Pertama Kali Merasa Cuaca Sejuk

  1. nadia says:

    hai zaid…sgt suke bace ur blog pasal nz sbb dpt gk maklumat serbe sedikit coz isnin dpn sy nk ke nz..just nk tanye kalo meggi bole bwk x??ke kene declare gk kt kastam??proses declare 2 lame x?hopefully zaid bole reply..tq sgt2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *