Meet & Greet Session Bersama Ning Baizura Di Office Nuffnang

Assalamualaikum, pertama sekali zaid nak minta maaf sebab baru hari ni sempat nak update pasal aktiviti yang zaid buat hari isnin lalu sebelum berangkat ke Pulau Selatan New Zealand. Sebelum ke NZ aku sempat jumpa penyanyi lagenda tanahair tak lain tak bukan kak Ning Baizura. Sebenarnya aku dah mula mengenali dan meminati lagu kak ning ni sejak aku dari sekolah rendah. Bayangkan dari aku sekolah rendah sampailah sekarang aku masih mendengar lagu dia di corong radio. Ini menunjukkan kak ning bukan saja lagenda tersohor tetapi dia juga masih diterima peminat dengan vokal suaranya yang sangat lunak tu.

 




 

Sekarang ni kak ning baru je abis dari menjadi tenaga pengajar di AF9, kini giliran album terbarunya pula, kira ni “Baby” baru kak ning lah.. albumnya bertajuk Ning Baizura – Dewa ini menampilkan 8 lagu baru yang panas dan meletup sekarang ni kat corong radio. Lagu Propaganda yang ditulis sendiri oleh Ning Baizura mempunya banyak maksudnya tersendiri dalam bidang seni mahupun peribadinya. Rata-rata lagu-lagu dalam album ini menepati citarasa aku dan mengikut tema dari track pertama hinggalah track terakhir dan semuanya mempunyai perjalanan dan makna tersendiri.

 




 

Kini Ning Baizura dalam rangka promosi album terbarunya ini dan sudahpun berada dipasaran. Peminat semua anda perlu memiliki album Dewa ini dan sesuatu yang menarik menanti anda. Ning Baizura akan mengadakan konsert tidak lama lagi di KL Live Centre. Menarik kan?.. jadi apa tunggu lagi pergi cepat beli album ini dan hafal semua lagu tu ya.. kita berpesta sama-sama masa konsert kak ning nanti ye.. Okey kepada peminat yang cemburu dengan kehadiran kami di Office Nuffnang tempoh hari, jangan berkecil hati kerana ada satu pesanan dari kak Ning Baizura untuk anda semua.

 

Meet & Greet Session with Ning Baizura




 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Meet & Greet Session Bersama Ning Baizura Di Office Nuffnang

  1. alice says:

    aku memang minat giler dgn kak ning … suara dia memang best dan lain dr yg lain…

  2. Mohd Zaid says:

    betul tu alice.. ko dah beli ke belum album kak ning baizura?.. hehe

  3. Pingback: Aku Zaid » Pelancaran Album Dan Showcase Ning Baizura DEWA di Zouk KL

  4. Pingback: My Nuffnang Story – Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *