Destinasi Percutian – Phuket Thailand (009)

 

Macam-macam cerita menarik yang berlaku sepanjang aku bercuti di Phuket Thailand hari tu. Satu benda yang tak terlintas dalam fikiran semasa ada disini adalah untuk pergi menonton “pondan” kat Simon Cabaret. Sebenarnya aku berat hati nak cakap pondan kang ada pulak nok nok yang marah mak nih.. Tapi ni bukan calang-calang pondan tau diorang ni cantik-cantik boleh dikatakan lagi cantik dari wanita. Mesti ramai abang-abang yang datang kat sini gigit jari tengok liuk lentuk badan pondan kat sini.. gerenti.. yang perempuan pulak mesti cemburu tengok pondan-pondan ni lagi cantik dan kulit gebu dari diorang haha… Apa-apa pun ciptaan tuhan lagi indah di mata aku dari clone-clone nih tul tak?..

 

 

Kebetulan masa aku datang ni musim orang Malaysia pergi melancong, jadi ramai pulak aku jumpa bangsa aku kat sini.. dah macam kat Malaysia pulak aku rasa haha.. Okey kalau korang datang ke Phuket jangan lupa singgah ke Sirirat
Pa Tong, Kathu, Phuket 83150, Thailand untuk menyaksikan persembahan di Simon Cabaret. Apa yang aku tahu Simon Cabaret ni telah dibuka untuk tontonan orang ramai sejak 18 Oktober 1991 dan merupakan salah satu tarikan pelancong ke pulau ini.

 

Tiket untuk menyaksikan persembahan pondan ni agak mahal gak. Tempat duduk ada dua jenis iaitu VIP dan Regular. Untuk VIP harganya 800 Baht (RM80) untuk dewasa, dan 600 Baht (RM60) untuk kanak-kanak. Bagi tempat duduk biasa pulak harganya 700 Baht (RM70) dan 500 Baht (RM50) kanak-kanak. Kita orang hari tu beli tempat duduk VIP sebab nak tengok lebih jelas punya pasal..

 

 

Kita orang punya seat adalah seat VIP, duduk depan sekali tu yang bestnya.. kalau nak tiket murah tempat duduknya kat tingkat atas. Maaflah tak dapat rakam gambar pondan-pondan tu tengah menari sebab kat dalam dewan ni dilarang sama sekali untuk tangkap gambar. Kalau berdegil gak nanti boleh kena saman..  Kalau korang nak bergambar dengan mereka boleh tapi tunggu lepas abis show nanti diorang akan beratur kat luar untuk tangkap gambar.. huh nasihat aku.. jangan sesekali nak gatal bergambar ngan diorang sebab diorang ni jenis mintak duit. Sekali ko dah bergambar nanti dia minta duit paling murah pun 200 baht.

 

 

Bagi aku Simon Cabaret ni biasa-biasa je, sekadar tengok pondan menari-nari tu je.. at least buatlah jalan cerita syok sikit. Ni just tengok diorang menari ikut tema je… tapi paling yang aku nak puji adalah pakaian dan set pentas yang diorang pakai.. memang gempak, set pentas rasanya ada 10 jenis kot mengikut tema… memang gempak… pakaian diorang pun menarik..

 

Kanak-kanak adalah dibenarkan untuk menonton persembahan kat Simon Cabaret sebab kata mereka persembahan ni bukan persembahan lucah atau sebagainya tetapi sekadar persembahan tarian. Tapi kalau korang tengok gambar kat atas ni sesuai ke untuk kanak-kanak?..

 

 

Montoknya buah apple Fuji tuh… nampak tak?.. sebelah tu buah mangga kembar..

 

 

Rata-rata mereka ni dah buat pembedahan plastik dan buang anu. Biasalah Thailand adalah pusat pembuangan anu dalam botol.. kalau nak buat datang la Thailand ye.. Adik ni punya T*t*k mesti dia letak silikon kan..

 

 

Lepas persembahan korang boleh bergambar dengan diorang.. sebaris beratur.. pilih je mana nak.. tapi lepas bergambar sila bayar yeee.. not free okey..

 

 

Ni ratu cantik kat thailand..

 

 

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.