Travel Itinerary : Kuala Lumpur – Christchurch (Airasia X)

Okey seperti yang semua dah tahu, minggu depan aku akan berangkat holiday ke Christchurch New Zealand. Pemergian ini bukan setakat pergi bercuti tapi dalam mood pertandingan untuk fasa kedua contest Face Go Places untuk merebut peluang menang percutian ke destinasi lain pulak. Perhhh kalau menang ni boleh pergi bercuti lagi, harap sokongan kawan-kawan semua dapat tolong vote dan like segala artikel yang aku, Zara Aluwi dan Uzair Othman publish kat blog kami masing-masing nanti bermula minggu depan ya.

Hari ni dah dapat Travel Itinerary dari pihak Airasia untuk ke sana nanti. Segalanya telah diaturkan oleh mereka tinggal untuk berlepas je ke NZ. Barang-barang keperluan semua dah siap pack dan yang paling penting mesti bawa baju sejuk, glove, snow cap sebab kat sana sekarang musim winter dan cuaca dianggarkan 13-2’c minggu depan. Alhamdulillah pihak Airasia tau kami semua beragama islam dan insyaallah mereka telah merancang sebaik mungkin untuk dapatkan makanan halal disana nanti. Baguslah diorang ni walaupun dinegara orang mereka tetap hormat peserta yang berlainan agama. Jadi korang rajin-rajinlah masuk contest yang dianjurkan oleh Airasia kat Facebook mereka. Mana tahu lepas ni rezeki korang pulak kan..

Hati dah mula berdebar-debar sebab dengar cerita banyak task yang dirancang semasa kat Nz nanti. Salah satunya mungkin kita orang semua kena buat terjun Bungy. Alamak boleh ke idak ni kalau berat badan 100kg boleh ke? takut tersimpul plak tali bungy tu nanti haha.. aku cuak gak nak buat benda ni tapi rasanya ok kot.. tak cuba tak tahu kan.. cuba tengok pelancong ni buat terjun bungy kat Kawarau Bridge, New Zealand, walaupun takut dan kecut perut tapi selamba je..


 

http://www.youtube.com/watch?v=0RJSAlwLeJs&feature=related

 

Bila dah sampai New Zealand nanti memang rugilah kalau tak buat 10 benda ni.

 

http://www.youtube.com/watch?v=LzeAdrPR-oE&feature=related

 

lihatlah betapa indahnya ciptaan Allah, 100% Pure New Zealand

 

 

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam dari Kuala Lumpur (LCC Terminal) untuk sampai ke Christchurch (CHC) Christchurch International Airport menaiki pesawat Airasia X D72756 dan balik nanti kami naik D72755 termasuk makan dalam kapal terbang. Ini pertama kali aku naik pesawat Airasia X dan pertama kali terbang lebih dari 10 jam, kalau sebelum ni pergi paling jauh pun ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam je. Apa-apa pun doakan kami semoga selamat pergi dan selamat sampai ya. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Travel Itinerary : Kuala Lumpur – Christchurch (Airasia X)

  1. ken says:

    i also wanna go NZ! it’s a very nice place! 🙂

  2. Mohd Zaid says:

    Hi Ken, memang rezeki saya sebab dapat pergi bercuti ke NZ 7D6N FOC sponsored by AirAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *