Destinasi Percutian – Phuket Thailand (008)

Hari ni nak bercerita pasal Phuket lagi, lepas syok-syok bersnorkeling dan mandi-manda di Phi-Phi Island, kulit muka aku jadi hitam legam akibat terkena sun burn. Alamak aku benci betul bila kulit terbakar sebab mesti aku nampak macam michael jackson. Tapi peduli apakan, kulit hitam pun orang suka je tul tak haha.. Oh ye hari ni kita orang semua pergi merayau-rayau pekan patong dan bershopping kat Jungceylon (The International Shopping & Leisure Destination in Patong-Phuket). Jungceylon terletak di Thanon Ratuthit Songroipi, Pa Tong, Kathu, Phuket 83150, Thailand, Kat sini kira macam kat Pavillion lah kalau kat KL, harganya pun boleh tahan mahal gak. Jom tengok gambar sekitar Jungceylon.

 

 

Cantik pemandangan kat sini.. kalau nak lepak-lepak pun boleh.. kat belakang tu ada Subway, McDonald’s, True Coffee dan macam-macam lagi bistro ada.

 

 

Selain Jungceylon kat sini ada dua lagi shopping kompleks antaranya Silang BLVD dan Phuket Square.

 

 

Alahhh kapal macam ni kat Melaka pun aku boleh tengok..

 

 

Air pancut ni best..

 

 

kraftangan dijual diluar Jungceylon.. 100 bath untuk setiap barang, maknanya 1 barang RM10.00

 

Tujuan kami kesini sekadar nak bergambar dan jenjalan je cuci mata, tak terniat pun dalam hati nak membeli belah kat sini dengan harganya yang tak boleh blah tu kan.. jalan punya jalan ternampak pulak satu kedai facial muka ni. Sedang elok lah kan muka tengah mengelupas terbakar pergi buat facial… macam tahu-tahu je tuan kedai ni kita orang dari Malaysia. Bangga aku sebab Malaysia dikenali dimata dunia.. hehe.. Kebetulan diorang tengah buat promosi untuk basic facial, harga lebih kurang RM30 selama sejam.

 

 

gile bestlah first time buat facial muka… rasa fresh je muka bila lepas buang blackhead kat muka.. rasa macam baru lepas pakai susuk je haha..

 

 

Bukan setakat facial muka je.. diorang siap buat urutan lagi.. bagi perempuan siap diorang solek bagi cantik.

 

Kedai facial ni terletak didalam Jungceylon. Nama kedainya Takashi Tokyo, selain di Phuket diorang mesti ada brunch kat Tokyo kan..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *